Mahkamah Sepanyol Tolak Rayuan ‘Waris Sultan Sulu’ – Azalina

- Advertisement -

PETALING JAYA – Mahkamah Perlembagaan Sepanyol menolak rayuan perlembagaan luar biasa yang difailkan sekumpulan individu mendakwa sebagai ‘waris Sultan Sulu’ berhubung pembatalan pelantikan Dr. Gonzalo Stampa sebagai penimbang tara dalam kes pertikaian antara kerajaan Malaysia dan Sulu.

Ia berhubung tuntutan dikeluarkan Gonzalo sebagai penimbang tara sebelum ini yang mengarahkan Malaysia membayar sebanyak AS$14.92 bilion (RM62.59 bilion) kepada waris ‘sultan’ itu.

Ia juga berikutan langkah Malaysia menghentikan pembayaran pajakan tahunan kepada waris kesultanan Sulu sejak 2013.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, kerajaan baru menerima pengesahan rasmi rayuan difailkan yang telah ditolak.

Katanya, Mahkamah Perlembagaan Sepanyol menolak rayuan oleh penuntut kerana mereka telah menarik semula tuntutan untuk melantik penimbang tara berikutan keputusan pembatalan.

“Akhirnya, mereka telah secara sukarela meninggalkan prosiding yang menjadi asas untuk rayuan perlembagaan mereka.

“Hasil daripada pembatalan kehakiman beliau di Sepanyol, beliau tidak lagi mempunyai kuasa untuk bertindak sebagai penimbang tara dan harus segera menamatkan prosiding timbang tara yang dikatakan.

“Keputusan Mahkamah Perlembagaan Sepanyol ini membuktikan dasar kerajaan untuk bersungguh-sungguh mempertahan Malaysia di setiap mahkamah dan forum, menggunakan semua kuasa, hak dan sumber bagi memastikan kepentingan negara, kekebalan kedaulatan dilindungi setiap masa,” katanya dalam kenyataan.

Pada 29 Jun 2021, Mahkamah Tinggi Madrid (HCJM) memutuskan membatalkan pelantikan kehakiman Gonzalo yang menyalahi undang-undang untuk bertindak sebagai penimbang tara.

HCJM merupakan mahkamah Sepanyol yang pada mulanya melantik Gonzalo pada 2019 (tanpa mendengar Malaysia berikutan perkhidmatan yang tidak sah).

Hasilnya, HCJM secara retroaktif membatalkan pelantikan beliau dan membatalkan semua tindakannya sebagai penimbang tara. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat