Negara dah rosak, jangan rosakkan bola sepak pula kata Tunku Ismail

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim memberi amaran keras kepada ahli politik supaya tidak merosakkan bola sepak negara selepas “merosakkan negara”.

“Dah merosakkan negara, jangan sibuk nak merosakkan bola sepak,” kata Tunku Ismail yang juga bekas presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Beliau ditanya mengenai ahli politik yang mahu bertanding dalam pemilihan FAM Mac depan, pada sesi soal jawab santai menerusi akaun Instagram miliknya.

Diminta menggambarkan politik semasa Malaysia menggunakan satu perkataan, Tunku Ismail berkata, “ribut”.

Kongres FAM ke-57 dijadualkan berlangsung di Kuala Lumpur pada 13 Mac dan akan menyaksikan pemilihan barisan kepimpinan baharu badan induk bola sepak negara.

Sebelum ini, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan FAM Abdullah Mohamad Said berkata, sesiapa saja boleh bertanding dalam pemilihan termasuk ahli politik.

Bagaimanapun, sebelum seseorang calon itu diterima bertanding, individu tersebut perlu bersih dan tidak pernah didakwa di mana-mana mahkamah atas apa juga kesalahan jenayah.

Media melaporkan Presiden FAM Hamidin Mohd Amin mengesahkan kesediaannya mempertahankan jawatan itu pada pemilihan berkenaan.

Hamidin berkata, keputusan itu, yang sudah dimaklumkan kepada exco badan induk berkenaan, dibuat selepas perbincangan bersama beberapa pihak termasuk keluarga dan rakan dalam arena bola sepak.

Mohd Yusoff Mahadi turut menawarkan diri untuk mempertahankan jawatannya sebagai timbalan presiden FAM.

Tunku Ismail yang juga pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT) turut meletakkan sasaran realistik ke atas skuad Harimau Selatan dalam saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) musim ini.

“Melepasi peringkat kumpulan dan berharap ke suku akhir, sasaran yang realistik. Ia sukar, tapi tiada perkara yang mustahil,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat