Tommy Thomas sahkan, dia lantikan DAP kata Puad

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Tan Sri Tommy Thomas mengesahkan, perlantikannya sebagai peguam negara adalah kerana cadangan DAP ketika pemeritahan Kerajaan Perikatan Harapan (PH).

Menurut Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zakarshi mendakwa perkara itu dimaklumkan oleh Tommy sendiri melalui bukunya berjudul ‘My Story Justice in The Wilderness’.

“Dalam memoirnya, Tommy Thomas menulis, dia menerima panggilan dari Lim Kit Siang sebelum lantikannya sebagai AG diumum.

“Ini kata kata Lim Kit Siang, “Congratulations, you will be doing national service. All legal reforms are in your hands”.

“Apakah panggilan itu dibuat setelah DAP berjaya memujuk Tun M melantik Tommy dan dipersetujui oleh Majlis Presiden PH?

“Bahkan dia menerima panggilan sekali lagi ucapan tahniah dari Kit Siang jam “5 pagi” setelah YDP Agung menandatangani perlantikannya pada 3 Jun 2018,” ujar Puad melalui satu kenyataan di laman Facebook sebentar tadi.

Menurut Puad lagi sejurus selepas dilantik sebagai Peguam Negara, Tommy telah mengugurkan semua pertuduhan kes rasuah yang melibatkan Lim Guan Eng.

“Rupanya, harapkan pagar, pagar makan padi. Bukan “legal reform” yang dibuat tetapi hancurkannya. Perkara awal yang dilakukan Tommy ialah gugurkan pertuduhan rasuah ke atas Lim Guan Eng.

“Syukur, dia sudah letak jawatan. Itu semua kerana tekanan rakyat. Rakyat tidak bodoh antara fakta dengan rekaan,” tegasnya lagi.

Buku yang dilancarkan tiga hari lalu itu mengandungi 500 muka surat, antara lain memaparkan kisah kejayaan dan kegagalan sewaktu pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan dari perspektif Tommy.

Ia termasuk melibatkan beberapa isu antaranya, krisis 1MDB; kontroversi pendakwah bebas, Dr Zakir Naik serta kisah bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang melepaskan jawatannya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat