AADK berhasil merawat pulih 50,623 orang klien – KP AADK

- Advertisement -

Oleh Zihan Zari

KAJANG – Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menetapkan petunjuk prestasi utama (KPI) iaitu menurunkan kadar penagih dadah (tidak melebihi 400 bagi setiap 100,000 penduduk) dan kedua meningkatkan kadar kepulihan klien sehingga 80 % menjelang 2025.

Sasaran bagi kadar penagihan dadah di Malaysia pada tahun 2023 ialah sebanyak 430 kes bagi setiap 100,000 penduduk, walau bagaimanapun sehingga September 2023, sebanyak 386 kes bagi setiap 100,000 penduduk direkodkan.

AADK sebagai agensi tunggal dan peneraju utama dalam permasalahan dadah akan menyahut cabaran dan menetapkan sasaran dadah terkawal menjelang tahun 2025, sebanyak 400 kes bagi setiap 100,000 penduduk.

Ketua Pengarah AADK Sutekno Ahmad Belon berkata demikian di Perhimpunan Bulanan dan Amanat Tahun Baharu AADK 2024 , di sini hari ini.

Menurut Sutekno, seramai 50,623 orang klien telah dirawat pulih menerusi Program Rawatan dan Pemulihan Dalam Komuniti (RPDK). Daripada jumlah itu , dari Januari hingga November 2023, seramai 15,425 klien telah dinilai dan hasil penilaian mendapati seramai 13,022 klien atau 83 % mencapai tahap kepulihan.

AADK mempunyai pengetahuan, kemahiran dan kepakaran luas menangani permasalah dadah berjaya mengatasi kadar sasaran awal iaitu sebanyak 75 peratus yang dinilai menerusi kaedah Cure and Care Recovery Index (CCRI) dan berjaya melepasi capaian KPI yang ditetapkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Menurutnya lagi, AADK telah berkoblarasi bersama jabatan dan agensi lain antaranya Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Penjara Malaysia Polis Diraja Malaysia, Malaysia Drug Profiling System (MyDPS) dan MAMPU di bawah projek Data Raya Sektor Awam 2.0 untuk membuat profiling kawasan di seluruh negara berdasarkan keparahan permasalahan dadah.

“Antara pencapaian AADK sepanjang tahun 2023 ialah melaksanakan perasmian Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Bukit Chabang, Perlis oleh Pemangku Raja Perlis, pengiktirafan antarabangsa menerusi Sijil Akreditasi Kategori Diamond daripada pakar International Accreditation Organization (IAO), Pensijilan MS ISO 37001:2016 Sistem Pengurusan Antirasuah (ABMS) dan mendapat taraf penyedia latihan berdaftar daripada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRD Corp), ”katanya.

“Selain merawat pulih daripada belenggu dadah agensi ini turut menerapkan kepentingan pendidikan bagi klien di bawah umur 18 tahun melalui modul khas iaitu Program Akses Pendidikan Klien (PAPK).

Hasilnya, seramai 21 daripada 28 klien menjalani program RPDI terdiri daripada 13 calon dari PUSPEN Papar manakala 8 calon dari PUSPEN Seri Iskandar telah menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 berjaya lulus dalam mata pelajaran yang diambil,”katanya lagi.

Dalam pada itu, beliau menyeru kakitangan dan pegawai AADK menanamkan semangat serta iltizam yang tinggi, mengutamakan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat dan mesra pelanggan.

“Selain itu, tidak seharusnya mengamalkan budaya yang terlalu selesa, sebaliknya sentiasa berusaha menjadi lebih cemerlang selaras dengan tiga bidang teras utama AADK iaitu pencegahan, rawatan dan pemulihan serta penguatkuasaan undang-undang,”ujarnya.

Hadir sama, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) AADK Khairul Anwar Bachok dan Pengarah Khidmat Pengurusan AADK, Hj Ahmad Musadad Sulaiman. – SUARA. TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat