Shafee sahkan Najib tak kenal atau pernah jumpa Altantuya

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Peguam Datuk Seri Najib Razak , Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mengesahkan bahawa bekas Perdana Menteri itu tidak pernah bertemu apatah lagi mengenali wanita warga Mongolia, Altantuya Shaaribuu.

Shafee yakin dan percaya dengan pengakuan Najib bahawa beliau langsung tidak mengenali wanita yang dibunuh kejam itu.

Dalam podcast Keluar Sekejap yang dimuat naik pada Jumaat, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menunjukkan sekeping gambar kononnya Najib bersama Razak Baginda dan Altantuya sedang menikmati sarapan di satu restoran.

Shafee lantas menyatakan bahawa, semasa gambar ini dikeluarkan Najib terkejut.

“Sebab memang dia tak tahu langsung, tak pernah jumpa tak pernah atau dengar nama Altantuya sebelum Altantuya meninggal dunia.

“Jadi saya tunjuk gambar ini, ia jelas disunting.

“Kita tahu Tian Chua telah pun membuat pengakuan bahawa beliau telah photoshop dokumen ini letak gambar Najib sebagai joke,” jelas Shafee.

Mengulas lanjut, Shafee juga memaklumkan beliau pernah bertanya kepada penganalisis politik, Razak Baginda , Altantuya ini siapa kepada kamu?

“Jawapan dia, macam jawapan di mahkamah… this girl i’m excited by her, she is my girlfriend but she is someone i will never show to my boss (Najib).

“Kamu boleh bayangkan saya perkenalkan perempuan ini kepada boss saya, saya akan malu,” kata Shafee memetik Razak.

Selepas pertemuan dengan Razak, Shafee terus pergi berjumpa Najib bagi mendapatkan pengesahan.

“Saya tanya ada orang kata kamu (Najib) bersarapan dengan Razak Baginda dan Altantuya. Najib kata no such thing, saya tak kenal langsung perempuan ini , tak pernah tengok dia, saya tak rasa dia pernah menginap di hotel yang sama dengan saya di luar negara,” katanya.

Sementara itu, Shafee menyatakan beliau yakin Najib tiada perkaitan dalam pembunuhan Altantuya dan tiada penjelasan siapa mengarahkan bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Sirul Azhar Umar dan Azilah Hadri.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat