Pas mahu jumpa Trump, jika ditolak akan protes besar-besaran

KUALA LUMPUR – Pas menyatakan kesediaan bertemu Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump bagi mengemukakan bantahan penindasan rakyat Palestin sekiranya hadir ke Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 nanti.

Bagaimanapun Setiausaha Agungnya Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, sekiranya Trump tidak mahu berjumpa, pihaknya akan membuat protes besar-besaran.

“Yang pertama, kita kena pastikan dia datang. Kalau betul dia datang, apa salah kita sebagai rakyat Malaysia untuk berjumpa menunjukkan bantahan.

“Sekiranya dia (Trump) tak nak berjumpa. Kita akan menunjukkan protes besar-besaran. Kita sedang mengatur. Ini pun rentas kaum dan bangsa. Golongan masyarakat di negara-negara barat pun membuat satu bantahan protes yang terbesar apatah lagi kita ini, Malaysia Madani.

“Saya rasa rakyat Malaysia tak boleh terima. Satunya bersimpati dengan Gaza, satu lagi, menyambut orang yang membunuh rakyat di Palestin, tak munasabah langsung,” katanya dalam Sidang media Himpunan Mega Tolak URA di Pejabat Agung Pas, lapor Utusan pada Rabu.

Menurut Takiyuddin, negara-negara Barat sendiri pernah menganjurkan demonstrasi besar-besaran menentang dasar luar Trump, maka Malaysia yang mengangkat konsep Malaysia Madani sepatutnya lebih tegas menyatakan pendirian.

“Takkanlah kita nak sambut Trump, seorang yang tangannya masih berlumuran darah rakyat Palestin. Memang menjadi kewajipan kita untuk turun dan menentang.

“Apakah orang seperti ini layak mendapat jemputan rasmi ke Sidang Kemuncak ASEAN? Rakyat Malaysia tidak boleh menerima perkara itu,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat