HONOR X9d 5G Pecah Rekod – Prapesanan habis terjual sebelum tamat, momentum jualan dijangka meletup 10 Oktober

KUALA LUMPUR, 1 Oktober 2025 – HONOR sekali lagi mencatat sejarah dalam pasaran telefon pintar Malaysia apabila model terbaharunya, HONOR X9d 5G, habis terjual di semua platform sebelum tempoh prapesanan berakhir pada 9 Oktober ini. Fenomena “pecah rekod” ini bukan sahaja mengatasi pencapaian model terdahulu, HONOR X9c 5G, tetapi turut menobatkan X9d 5G sebagai telefon pintar kelas pertengahan paling laris di Malaysia ketika ini.

Apa yang menjadikan pencapaian ini luar biasa adalah tempohnya dalam masa singkat selepas dibuka untuk prapesanan, stok X9d 5G licin tanpa perlu menunggu tarikh akhir. Keadaan ini mengingatkan kepada fenomena “jualan kilat” dalam talian, namun kali ini ia berlaku untuk telefon pintar kelas pertengahan.

Menurut pihak HONOR, permintaan melonjak mendadak disebabkan enam penambahbaikan utama pada X9d 5G termasuk prestasi lebih pantas, ketahanan dipertingkatkan, serta kapasiti bateri yang lebih besar. Ditambah pula dengan tawaran eksklusif tablet HONOR Pad X7 percuma untuk prapesanan, tidak hairanlah peranti ini laris bak pisang goreng panas.

HONOR sebelum ini sudah mengecap kejayaan besar melalui X9c 5G, namun X9d 5G melangkaui rekod itu dengan lebih pantas. Ini jelas membuktikan bahawa pengguna Malaysia bukan sahaja setia kepada jenama, tetapi turut menaruh kepercayaan terhadap peningkatan ketara yang dibawa.

Prapesanan yang habis lebih awal juga membawa maksud bahawa HONOR kini menjadi nama utama dalam segmen mid-range, bersaing rapat dengan gergasi industri lain tetapi menawarkan lebih nilai tambah.

Salah satu kelebihan yang membezakan X9d 5G dengan pesaingnya ialah tawaran Waranti Perlindungan Kerosakan Cecair 1 Tahun, menjadikannya telefon pintar pertama dalam kategorinya yang menyediakan perlindungan sebegitu.

Selain itu, pembeli juga menikmati Perlindungan Retak Depan dan Belakang selama 365 hari serta Waranti Lanjutan 1 Tahun, sekaligus memberikan keyakinan jangka panjang kepada pengguna.

Langkah ini membuktikan strategi HONOR: bukan sekadar menjual peranti, tetapi membina kepercayaan pengguna melalui perlindungan menyeluruh.

Biarpun stok prapesanan habis lebih awal, pengguna masih berpeluang mendapatkan HONOR X9d 5G apabila jualan rasmi bermula 10 Oktober 2025. Untuk mengekalkan momentum, HONOR menambah satu lagi tawaran menarik: jam tangan pintar HONOR Watch 2i percuma bagi setiap pembelian X9d 5G.

Tawaran ini bagaimanapun bersifat terhad dan berdasarkan siapa cepat dia dapat, menambahkan lagi elemen eksklusiviti yang menjadikan X9d 5G lebih diidamkan.

HONOR X9d 5G hadir dengan:

  • 24GB RAM (12GB + 12GB HONOR Turbo RAM) dengan storan 256GB pada harga RM1,499.
  • Varian 512GB berharga RM1,699.

Empat pilihan warna premium turut ditawarkan: Reddish Brown, Forest Green, Sunrise Gold, dan Midnight Black.

Dengan harga kompetitif serta tawaran aksesori bernilai sehingga RM946, HONOR X9d 5G dilihat sebagai pakej menyeluruh untuk pengguna moden.

Kejayaan “pecah rekod” ini menandakan perubahan besar dalam landskap telefon pintar kelas pertengahan Malaysia. Jika sebelum ini pengguna berpuas hati dengan spesifikasi berbaloi, kini mereka menuntut lebih perlindungan, aksesori tambahan, dan pengalaman gaya hidup digital.

HONOR dengan pantas menangkap trend ini, dan X9d 5G menjadi bukti bahawa strategi yang mengutamakan nilai tambah menyeluruh mampu mencipta impak pasaran yang luar biasa.

Fenomena HONOR X9d 5G bukan sekadar tentang telefon pintar baharu, tetapi tentang bagaimana jenama ini berjaya mencipta momentum pasaran yang jarang berlaku dalam segmen mid-range. Dengan prapesanan habis lebih awal daripada dijangka, ditambah lagi dengan tawaran jam tangan pintar percuma bermula 10 Oktober, X9d 5G kini bukan sahaja sebuah peranti  ia adalah simbol bagaimana rekod baharu boleh tercipta bila inovasi, strategi pemasaran, dan kehendak pengguna bersatu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat