PMO Sahkan Azalina Letak Jawatan Pada 29 Ogos Lalu

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Azalina Othman Said sah melepaskan jawatan sebagai Penasihat Khas kepada Perdana Menteri (Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia) Jabatan Perdana Menteri pada 29 Ogos 2022.

Peletakan jawatan Azalina itu disahkan oleh Pejabat Perdana Menteri (PMO) pada Khamis.

“Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah menerima peletakan jawatan beliau dengan notis sebulan seperti yang dimaklumkan dalam surat berkenaan.

“Notis sebulan diberikan bertujuan menyelesaikan kerja-kerja yang berkaitan dengan kakitangan beliau, namun dalam tempoh itu, Azalina tidak lagi bertugas di Pejabat Perdana Menteri kerana diberi cuti mulai 1 September sehingga tamat notis pada akhir September,” jelas kenyataan PMO itu.

Susulan peletakan jawatan itu, Perdana Menteri mengucapkan penghargaan dan terima kasih atas perkhidmatan yang telah diberikan sepanjang tempoh beliau berkhidmat.

Pada Selasa lalu, media melaporkan Azalina telah melepaskan jawatan itu namun, beliau menafikan perkara berkenaan.

Tindakan Azalina ini dipercayai berkaitan kritikannya terhadap Perdana Menteri dan Peguam Negara dalam Taklimat Khas Presiden Umno pada Sabtu lalu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat