Statuz kian matang

- Advertisement -

Kira-kira 10 tahun lalu, kumpulan Statuz yang dianggotai Wafie selaku penyanyi, Zoul (gitar), Muiz (bass) dan Ah Mei (dram) pernah tampil dengan album pertama berjudul Inspirasi Xi.

Bagaimanapun, album memuatkan lima lagu Yusarima dan Konspirasi Al Masikh kurang diterima berikutan perubahan arus muzik ketika itu.

Genre rock yang dibawakan mereka kurang mendapat tempat di hati pendengar sekali gus membuatkan mereka kurang dikenali.

Bagaimanapun, Statuz tidak berputus asa dan kini mereka kembali dengan album terbaru berjudul Next Level.

Wafie berkata, album ini menampilkan dua buah lagu terbaru yang lebih matang iaitu Siapa Aku dan Pendusta Nikmat sebagai pertaruhan.

“Kami bersyukur kerana mendapat didikan daripada pemain gitar, Burn Crossfire yang turut mengendalikan Quantize Studio & Production. Kali ini Statuz kembali dengan penjenamaan semula merangkumi lagu, pengurusan dan imej yang lebih meyakinkan agar mendapat tempat di hati pendengar serta memeriahkan lagi industri muzik tanah air.

“Walaupun kita berada dalam suasana pandemik Covid-19, ia bukan penghalang buat kami untuk terus mara dan berjuang,” katanya.

Menurutnya lagu Siapa Aku dicipta Ezra Yaakob manakala Pendusta Nikmat oleh Burn Crossfire dan Zoul Statuz.

“Lagu-lagu ini berkonsepkan hard rock, manakala liriknya membawa mesej positif kepada pendengar. Sekiranya dihayati lirik lagu ini secara mendalam, ia seakan memberi peringatan dan mendorong pendengar ke arah kebaikan,” katanya.

Cabaran terbesar yang perlu dilalui kumpulan ini ialah untuk proses rakaman album memandangkan terpaksa berdepan sekatan perjalanan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Dalam masa sama, mereka juga perlu menguruskan perniagaan yang menjadi punca utama pendapatan mereka.

Bermula Ogos lalu, Statuz sudah memulakan langkah pertama dengan melakukan promosi single ini menerusi pelbagai medium.

“Sekiranya keadaan mengizinkan selepas ini, kami merancang untuk mempromosikan single dengan membuat ‘road tour’ di seluruh negara. Kalau ada rezeki kami juga berhasrat nak melebarkan sayap ke Indonesia,” katanya.

Anggota Statuz juga turut aktif di media sosial seperti Facebook, Instagram, Youtube dan TikTok untuk mempromosikan single mereka. Peminat boleh mendapatkan perkembangan lanjut menerusi Facebook WeAreStatuz, YouTube Statuz2021_Official dan Instagram statuz2021_official.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat