Usah melampaui batas

- Advertisement -

Keberadaan penyanyi dan pengacara popular Indonesia, Ayu Ting Ting dalam industri hiburan dikatakan hampir musnah apabila diboikot masyarakat Indonesia yang ingin melihat kerjayanya hancur.

Biarpun memiliki 48.6 juta pengikut di Instagram, kelibat Ayu seakan-akan tidak disenangi sesetengah pihak apabila satu petisyen yang dipanggil Blacklist Ayu Ting Ting Dari Dunia Pertelevisian diwujudkan sekumpulan individu yang menggesa supaya pemilik nama lengkap Ayu Rosmalina diboikot daripada muncul dalam kaca televisyen.

Lebih mengejutkan, dalam masa beberapa hari sahaja, ratusan ribu tandatangan berjaya dikumpul supaya memboikot kerjaya seni Ayu.

Petisyen terbabit dimulakan individu bernama Putri Maharani dalam laman web change.org yang menyatakan rasa tidak puas hati dengan kebiadaban sikap Ayu menendang seorang tetamu dalam program kendaliannya, Brownies pada Januari 2019.

Menerusi program Brownies kendaliannya bersama Ivan Gunawan dan Ruben Onsu itu, berlaku satu insiden menyaksikan Ayu menendang tetamu undangannya iaitu penyanyi, Andika daripada kumpulan Kangen Band.

Klip video pada 2019 yang kembali tular membangkitkan semula rasa jelik netizen dan menganggap Ayu seorang yang buruk laku.

Walaupun Andika tampil menjelaskan perbuatan itu sebenarnya sekadar gimik dan tidak ada apa-apa yang berlaku, namun rata-rata pembenci Ayu enggan mempercayainya.

Di sebalik pelbagai kecaman yang terpaksa dihadapi wanita berusia 29 tahun itu, namun Ayu tidak mengambil pusing dengan kempen memboikot yang dilancarkan.

Kata Ayu, apa yang dilalui adalah asam garam dan lumrah dunia artis.

“Pembenci ada di mana-mana. Apatah lagi pekerjaan seperti saya, sudah pasti ada yang suka dan ada yang tidak. Kalau mahu membenci saya, silakan. Ini kerana pekerjaan saya sebagai penghibur,” katanya.

Biarpun tidak gemar melayan komen yang sengaja mahu menjatuhnya dirinya, Ayu juga menegaskan dia tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis.

“Saya sebenarnya tidak peduli apa yang mahu mereka lakukan. Tapi saya beri amaran, jangan melampaui batas,” katanya.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat