Gene Simmons dan Paul Stanley positif Covid-19, Kiss tunda konsert

- Advertisement -

Los Angeles: Pemain bass Kiss, Gene Simmons, 72, disahkan positif Covid-19 selepas penyanyinya, Paul Stanley, 69, yang lebih awal dijangkiti virus itu.

Berita itu dikongsi di media sosial Kiss dan mereka terpaksa menunda empat persembahan untuk siri jelajah Kiss ke tarikh tertentu.

Menurut sumber terdekat, Simmons berada dalam keadaan baik. Dia juga sudah menerima dos vaksin lengkap.

Dalam kenyataannya, Kiss berjanji akan kembali menghiburkan peminat mereka secepat mungkin sebaik pulih daripada virus itu.

“Menurut pengamatan doktor, konsert jelajah itu boleh diteruskan semula pada 9 September ini di FivePoint Amphitheatre, Irvine,” katanya.

Simmons berkata, semua anggota Kiss kini sedang menjalani kuarantin kendiri.

Terdahulu, Stanley memaklumkan dirinya positif Covid-19. Bagaimanapun, dia cuma mengalami gejala ringan dan sedia untuk kembali beraksi di pentas.

Selain Stanley dan Simmons, Kiss turut dianggotai Eric Singer (dram) dan Tommy Thayer (gitar).

Agensi

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat