Tidak rasmi: Exco Negeri tewas, BN rampas DUN Pilah sebagai kerusi kesepuluh

KUALA PILAH – Barisan Nasional (BN) berjaya merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pilah selepas calonnya, S. Leza Md Yasin, menewaskan penyandang daripada Pakatan Harapan (PH), Noorzunita Begum Mohd Ibrahim, yang juga Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Berdasarkan keputusan tidak rasmi, S. Leza memperoleh 6,829 undi berbanding 6,101 undi diraih Noorzunita Begum, sekali gus memberikan BN kemenangan dengan majoriti 728 undi.

Dengan semua 42 daripada 42 saluran selesai dikira, keputusan itu menyaksikan BN berjaya merampas Pilah daripada PH.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 2023, Noorzunita Begum memenangi kerusi Pilah dengan majoriti 1,079 undi dalam pertandingan satu lawan satu menentang PAS yang mewakili Perikatan Nasional (PN).

Kemenangan di Pilah menjadikan BN meraih kemenangan di 10 kerusi berdasarkan keputusan tidak rasmi setakat ini, selepas mempertahankan Sungai Lui, Pertang, Juasseh, Gemencheh, Kota, Johol dan Linggi, selain merampas Chennah, Repah serta Pilah daripada Pakatan Harapan.

Sebanyak 19 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri diperlukan untuk memperoleh majoriti mudah bagi membentuk kerajaan Negeri Sembilan.

Keputusan rasmi akan diumumkan dan disahkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat