Tidak kecewa, Tok Min anggap sudah takdir kalah

SEREMBAN – Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, report card beliau masih tidak cukup baik untuk terus menawan hati rakyat Negeri Sembilan.

Aminuddin menganggap kekalahannya di DUN Linggi adalah qada dan qadar Allah.

“Dalam kempen pun saya katakan, saya hantar report card kepada mereka. Mungkin report card saya masih kurang lagi, mungkin tidak puas hati lagi. Jadi hari ini mereka telah buktikan bahawa report card saya tak cukup elok lagi. Jadi tak ada masalah bagi saya.

“Kalau saya bertanding di Sikamat pun mungkin saya kalah kalau dengan isu ini. Kalau saya bertanding di mana-mana pun saya akan kalah. Walaupun di Chuah sekalipun mungkin akan kalah,” katanya dalam sidang media malam ini.

Dalam pada itu, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu berharap penggantinya meneruskan kerja-kerja baik yang dilakukan pemerintahannya.

“Teruskan, buat yang terbaik. Saya yakin boleh buat yang terbaik, teruskan.

“Saya tak akan rasa kecewa, teruskan yang terbaik. Jaga negeri, jaga anak bangsa, pastikan lebih baik daripada yang saya bagi.

“Ya, saya rasa lebih baik kita boleh bagi dan saya rasa itulah yang saya harapkan daripada mereka,” ujarnya sambil memberitahu beliau juga meneruskan kerja-kerja baik Datuk Seri Mohamad Hasan.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat