Trump kurangkan tarif ke atas Malaysia kepada 19%

KUALA LUMPUR: Malaysia bakal menikmati pengurangan kadar tarif perdagangan kepada 19 peratus, berbanding kadar sebelumnya iaitu 25 peratus, susulan keputusan terbaru Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.

Perubahan itu diumumkan selepas Trump menandatangani satu perintah eksekutif yang menyemak semula kadar tarif timbal balik terhadap beberapa negara, dengan pelaksanaannya bermula pada 7 Ogos, menurut kenyataan rasmi dari White House.

Negara jiran, Singapura, mengekalkan kadar tarif pada 10 peratus, manakala Myanmar dan Laos dikenakan kadar tertinggi iaitu 40 peratus, berikutan kegagalan kedua-duanya memeterai perjanjian perdagangan dengan Amerika Syarikat.

Thailand dan Kemboja turut menerima pengurangan kadar tarif kepada 19 peratus, selepas kedua-dua negara bersetuju melaksanakan gencatan senjata serta-merta dan tanpa syarat. Trump sebelum ini memberi amaran bahawa tiada perjanjian perdagangan akan dimeterai sekiranya pertikaian sempadan antara negara terbabit berlarutan.

Sementara itu, Filipina dan Indonesia kekal dengan kadar tarif 19 peratus, sejajar dengan perjanjian perdagangan sedia ada. Vietnam pula dikenakan tarif sebanyak 20 peratus seperti yang dipersetujui sebelum ini.

Syria mencatat kadar tarif tertinggi dalam senarai terkini, iaitu 41 peratus.

“Presiden telah memutuskan bahawa adalah perlu dan wajar untuk mengubah kadar tarif timbal balik bagi sesetengah negara,” menurut kenyataan White House.

Dalam perkembangan berkaitan, masih tiada keputusan muktamad terhadap kadar tarif ke atas China. Walaupun pegawai tinggi dari kedua-dua negara bersetuju untuk melanjutkan gencatan tarif selama 90 hari pada 29 Julai lalu, ia dijangka berakhir pada 12 Ogos.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat