Bekas Imam Masjid Negara dilantik Timbalan Pengerusi MPN Wilayah Persekutuan

KUALA LUMPUR – Bekas Imam Masjid Negara, Muhammad Fikri Abdul Aziz dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Wilayah Persekutuan, sekali gus mengukuhkan barisan kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di peringkat wilayah.

Muhammad Fikri yang juga Ketua Cabang PKR Putrajaya menerima pelantikan itu sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan dan kepimpinannya dalam bidang agama, pendidikan serta pembangunan masyarakat, khususnya di Wilayah Persekutuan.

Ketua Penerangan PKR Putrajaya, Mohd Hafiz Osman berkata, pengalaman luas beliau dalam mendekati pelbagai komuniti serta peranannya sebagai tokoh agama yang disegani menjadikan pelantikan itu amat signifikan.

“Beliau akan memainkan peranan utama dalam menyelaras dasar, memantau pelaksanaan program pembangunan serta menyumbang kepada perancangan strategik untuk meningkatkan kemajuan sosioekonomi dan kesejahteraan masyarakat di Wilayah Persekutuan.

“Fokus turut diberikan kepada pembangunan inklusif dan mampan yang berimpak tinggi, selaras dengan kerangka Malaysia MADANI,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, PKR yakin latar belakang Muhammad Fikri dalam hal ehwal keagamaan, penglibatan politik serta kerja kemasyarakatan akan memperkukuh peranan MPN dalam merancang pembangunan yang menyeluruh dan bersepadu di wilayah berkenaan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat