Harga Minyak Masak Tanpa Subsidi 5kg Diturunkan – Annuar Musa

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi telah menurunkan harga minyak masak tanpa subsidi 5kilogram (kg) daripada harga RM40 kepada harga maksima RM34.70 berkuatkuasa 8 Ogos ini.

Pengerusinya, Tan Sri Annuar Musa bagaimanapun berkata, butiran lanjut berkenaan penurunan ini akan diumumkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

“Saya baru saja mengumumkan penurunan harga minyak masak tanpa subsidi 5kg dari kira-kira RM40.00 sekarang, turun kepada harga maksima RM34.7.

“Penurunan ini berkuat kuasa 8 Ogos…butir butir lanjut akan di perinci KPDNHEP,” umumnya ringkas di Facebook pada Isnin.

Sementara itu, Malaysia Palm Oil Board (MPOB) memaklumkan harga minyak sawit purata bagi Julai ialah pada RM4,063 satu metrik tan.

Berdasarkan harga itu, harga jualan minyak masak dalam botol lima kg, sudah diputuskan untuk ditetapkan RM34.70,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat