Covid-19: Motor GP Malaysia Dibatal

Kashmir Wilayah Pakistan

Islamabad - Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan semalam meluluskan peta politik baharu negara itu yang menandakan bahagian Kashmir yang dikawal India dan mempunyai majoriti...

Penyerang Papagomo Tiga Beranak Dibicara Oktober Depan

Penyokong Shafie Apdal, Datuk Akjan Ali Muhammad, 62, bersama dua orang anak lelakinya, Mahathir dan Mohd Ghazali yang didakwa merusuh di Lapangan Terbang Antarabangsa...

Anggaran Kerugian Letupan Di Beirut Cecah AS$5 Bilion

KAHERAH - Gabenor Beirut, Marwan Abboud menganggarkan jumlah kerosakan akibat letupan dahsyat di pelabuhan bandar itu sekitar AS$3 bilion hingga AS$5 bilion, lapor agensi...

Polis Tahan Warga Nepal Yang Dipukul Lepas Beri Keterangan

Cyberjaya - Seorang pengawal keselamatan Nepal, yang rakaman video serangan ke atasnya tersebar di media sosial, ditahan polis hari ini susulan satu laporan berasingan...

Peserta Program Korban Kembara Di Benua Afrika Dakwa Ditipu Penganjur

Cyberjaya - Sekumpulan peserta korban Kembara di Benua Afrika mendakwa tertipu dengan sebuah yayasan terkemuka yang menganjurkan program tersebut. Salah seorang peserta ketika dihubungi berkata...

KUALA LUMPUR, 31 Julai — Perlumbaan Grand Prix Motosikal Malaysia (GP Malaysia) 2020, salah satu perlumbaan paling menarik dalam kalendar MotoGP yang dijadualkan pada 30 Okt hingga 1 Nov, dibatalkan susulan pandemik COVID-19.

Badan pentadbir sukan permotoran – Persekutuan Motosikal Antarabangsa (FIM), Persatuan Pasukan Pelumba Antarabangsa (IRTA) dan Dorna Sports dalam satu kenyataan bersama hari ini mengumumkan selain pembatalan GP Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), turut dibatalkan perlumbaan GP Argentina dan Thailand.

Bagaimanapun, badan pentadbir sukan permotoran itu memutuskan untuk menambah venue GP (masih belum diputuskan) di Eropah dalam kalendar Kejuaraan MotoGP yang dijadual pada 20-22 Nov, yang juga perlumbaan terakhir musim ini, menjadikan semua perlumbaan MotoGP musim 2020 berlangsung di Eropah.

Dorna Sports iaitu pemegang ekslusif komersial dan hak siaran MotoGP juga memulakan perbincangan dengan pihak Argentina dan Malaysia berhubung tarikh sesuai bagi perlumbaan musim 2021 untuk dicadangkan kepada FIM, dengan beberapa perancangan mengalu-alukan peminat kembali ke litar, sementara persetujuan turut dicapai dengan Litar Chang di Buriram, Thailand untuk berada dalam kalendar perlumbaan sehingga 2026.

Menganjurkan perlumbaan MotoGP sejak 1999, SIC berjaya menarik lebih 100,000 penonton sepanjang minggu perlumbaan dalam beberapa edisi sebelum ini, selain memberi pengalaman mencabar untuk pelumba dua roda terbaik dunia.

Sedih dengan keputusan pembatalan berkenaan, Ketua Pegawai Eksekutif Dorna Sports Carmelo Ezpeleta berkata ketiadaan ketiga-tiga perlumbaan itu dalam kalendar 2020 sangat memberi kesan kerana peminat setia sukan permotoran sering mengembara ke seluruh benua untuk menyaksikan perlumbaan.

“Ketibaan peminat di Termas de Rio Hondo (Argentina), Buriram dan Sepang sangat luar biasa, sentiasa mencetuskan suasana dan sambutan luar biasa terhadap sukan ini. Kami sangat berharap dapat kembali ke Thailand, Argentina dan Malaysia tahun depan dan seperti biasa, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada para peminat atas kesabaran dan pengertian mereka,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif SIC Azhan Shafriman Hanif yang jelas kecewa dengan pembatalan GP Malaysia buat pertama kali sejak 20 tahun, berharap dapat kembali lebih hebat dalam kalendar 2021.

“Kami sangat berharap untuk menyaksikan aksi perlumbaan di tanah air terutamanya pelumba negara seperti Kasma Daniel, Khairul Idham Pawi, Hafizh Syahrin dan Petronas Sepang Racing Team yang bermula baik musim ini. Bagaimanapun, dengan situasi penularan COVID-19, keselamatan semua adalah keutamaan, kami tidak mahu mempertaruhkan kesihatan peminat.

“Saya percaya ini menjadi berita sedih buat peminat Malaysia dan seluruh dunia yang membantu menjayakan perlumbaan sehingga hari ini. Kami menyaksikan peningkatan jumlah penonton GP Malaysia pada setiap tahun dan kami berterima kasih kepada semua peminat dan rakan kongsi atas sokongan yang diberikan.

“Perkara terbaik dilakukan sekarang ini adalah terus menyokong pelumba dan pasukan negara yang masih bertanding dalam perlumbaan,” katanya dalam kenyataan berasingan oleh SIC.

GP Malaysia adalah venue paling lama di Asia Tenggara sejak 1991, menyaksikan SIC menjadi venue tetap dalam kalendar setelah berpindah dari Litar Shah Alam dan Johor pada 1999.

Litar Antarabangsa Sepang juga adalah salah satu litar terpanjang dan mencabar dalam musim perlumbaan dan menjadi litar kegemaran dalam kalangan pelumba serta pasukan. Litar sepanjang 5.543km turut menganjurkan pelbagai perlumbaan klasik serta menyediakan pengalaman unik kepada para peminat sukan permotoran.

— BERNAMA

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Haramkan Sekolah Tahfiz Kalau Mahu Arak Diharamkan Kata Siti Kassim

Kuala Lumpur - Peguam Siti Zabedah Kasim menyelar cadangan Pas untuk mengantung penjualan arak ekoran peningkatan kes yang melibatkan pemandu mabuk. Dia yang lebih dikenali...

Seorang Menteri Umum Letak Jawatan Petang Ini

Kuala Lumpur - Seorang menteri dijangka bakal mengumumkan meletak jawatan petang ini. Menurut sumber yang menghubungi SuaraTV sebentar tadi satu sidang akhbar akan diadakan bagi...

Berita Berkaitan

Penyerang Papagomo Tiga Beranak Dibicara Oktober Depan

Penyokong Shafie Apdal, Datuk Akjan Ali Muhammad, 62, bersama dua orang anak lelakinya, Mahathir dan Mohd Ghazali yang didakwa merusuh di Lapangan Terbang Antarabangsa...

Peserta Program Korban Kembara Di Benua Afrika Dakwa Ditipu Penganjur

Cyberjaya - Sekumpulan peserta korban Kembara di Benua Afrika mendakwa tertipu dengan sebuah yayasan terkemuka yang menganjurkan program tersebut. Salah seorang peserta ketika dihubungi berkata...

Agong Nasihat Rakyat Malaysia Di Lubnan Berwaspada

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini bertitah rakyat Malaysia di Beirut, Lubnan perlu kekal waspada dan menghubungi Kedutaan Malaysia...