Raja Permaisuri Agong ‘call’ Siti Elizad

- Advertisement -

Kuala Lumpur: “Saya teruja dan tidak terkata. Sampai tersasul bahasakan diri saya, patik.”

Itu kata pelakon terkenal Siti Elizad ketika mendapat panggilan telefon daripada Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, semalam.

Elizad berkata, lebih membuatkan dirinya terharu apabila baginda menawarkan diri menjadi teman bercerita dan tempat mengadu.

“Saya dapat panggilan lebih kurang jam 5 petang dari Istana. Nombor tak kenal saya tak jawab. Jadi, saya dapat mesej yang memaklumkan Raja Permaisuri akan menghubungi saya. Beberapa minit selepas itu, Raja Permaisuri pun ‘call’.

“Dia cakap saja Assalamualaikum Elizad, saya terus teruja. Saya menjadi gagap. Sampai nak cakap patik pun jadi tak pandai. Sekejap cakap saya, sekejap patik. Tapi Raja Permaisuri boleh berborak biasa.

“Raja Permaisuri sedih baca kisah saya apabila ada cakap saya mandul. Sebab Raja Permaisuri cerita pernah melalui perkara sama. Raja Permaisuri pun bercerita pengalaman menjalani 17 kali rawatan In vitro fertilization (IVF). Apabila saya nangis, Raja Permaisuri cakap jangan nangis.

“Raja Permaisuri siap cakap kalau perlukan bahu untuk menangis bagi tahu. Janji boleh buat saya gembira. Saya terkejut Raja Permaisuri cakap macam tu. Raja Pemaisuri memang berjiwa rakyat,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Elizad juga penyampai radio Sinar, dia menjadikan baginda idola dalam cerita perjalanan IVF yang dijalankan.

“Raja Permaisuri sangat prihatin dengan kisah saya yang bukanlah siapa-siapa. Raja Permaisuri berikan kata-kata semangat. Raja Permaisuri bercerita mengenai IVF yang dilalui memang menyakitkan. Apa yang paling teruk adalah emosi. Malah, kali yang ke-17 itu Raja Permaisuri cakap dia reda. Apabila sudah reda Allah bagi rezeki. Sejak itu, Raja Permaisuri terpanggil buat Yayasan Fertiliti Tunku Azizah (TAFF).

“Terlalu gembira dapat berbual-bual dengan Raja Permaisuri apatah lagi apabila cakap tengok drama lakonan saya. Sungguh terserlah sifat keibuan. Raja Permaisuri minta saya jangan ambil kisah apa cakap orang. Raja Permaisuri minta kongsikan saja perjalanan rawatan IVF saya untuk memberi informasi kepada orang ramai,” katanya.

Terdahulu, kisah Elizad menjadi perhatian apabila muncul individu tidak bertanggungjawab menulis komen dan muat naik hantaran yang mengatakan dirinya mandul.

Susulan itu, Elizad membuat laporan polis dan menyerahkan perkara itu kepada peguam untuk tindakan selanjutnya.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat