KUALA LUMPUR,— Negeri Sembilan memerlukan kepimpinan baharu bagi meneroka jalan penyelesaian terhadap kemelut yang sedang berlaku ketika ini.
Perkara itu disuarakan oleh Datuk Hasnal Rezua Merican ketika mengulas perkembangan politik terkini di negeri berkenaan.
Menurut beliau, ketegangan yang berlaku berpunca daripada situasi yang masih belum menemui titik penyelesaian, sekali gus menyebabkan isu berkenaan terus berlarutan.
“Dalam keadaan sekarang, ia menjadikan isu ini sukar diselesaikan dan mungkin memerlukan pendekatan baharu untuk meredakan keadaan,” katanya.
Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada pendirian terkini UMNO yang kekal menyokong Kerajaan Perpaduan, namun pada masa sama wujud isu kepercayaan terhadap kepimpinan Menteri Besar, Aminuddin Harun.
Sehubungan itu, beliau berpandangan keadaan semasa mungkin memerlukan perubahan kepimpinan bagi membuka ruang kepada penyelesaian yang lebih menyeluruh.
“Ia mungkin memerlukan kepimpinan baharu untuk meneroka jalan penyelesaian,” katanya.



