Moratorium: Kenapa Ada Bank Minta Persetujuan Peminjam Bila BNM Dah Kata Automatik?

- Advertisement -

DEMI membantu rakyat mengurangkan beban kewangan selama tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kerajaan pada hujung bulan Mac umum memberikan moratorium ke atas pinjaman selama 6 bulan.

Menyokong pengumuman kerajaan tersebut, Bank Negara Malaysia (BNM) turut mengeluarkan kenyataan bahawa moratorium Ini adalah automatik dan peminjam tidak perlu memohon.

Bagaimanapun, difahamkan ada sebuah bank yang meminta peminjamnya supaya mengisi borang persetujuan secara dalam talian sekiranya bersetuju dengan moratorium tersebut.

Agaknya kerana yakin dengan pengumuman BNM tersebut, ada yang tidak respon kepada arahan bank berkenaan. Akibatnya, ada peminjam yang dakwa sudah menerima panggilan meminta pinjaman dibayar walaupun tarikh akhir untuk mengisi borang berkenaan belum lagi sampai.

Persoalannya sekarang, kenapa perkara tersebut boleh berlaku?  BNM dah kata automatik, kenapa nak berikan persetujuan dengan mengisi borang secara online pula?

Anehnya, bukan semua bank yang melakukan perkara seperti ini sedangkan kita tahu bank-bank adalah berada dibawah kawal selia agensi yang sama – BNM. Apa yang berbeza sehingga setiap bank tidak mempunyai garis panduan yang sama?

Bukankah semua ini akan hanya menimbulkan kekeliruan dan kesulitan di kalangan rakyat?

Kita harap adalah penjelasan mengenai isu ini dari bank yang berkenaan atau BNM sendiri. Ini belum lagi bercakap tentang dakwaan “u-turn” dalam berkaitan faedah seperti yang heboh dibincangkan di media sosial sejak semalam.

Ingatlah, hilang/terjejas pendapatan akibat perlaksanaan PKP itu benar, kerananya banyak keluarga ikut terkesan – juga adalah benar.

Raymi Safuan
Nilai

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat