DBKL Sita 9 Penjaja Warga Asing dalam Operasi Penguatkuasaan

- Advertisement -

CYBERJAYA – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah melaksanakan operasi penguatkuasaan khas terhadap penjaja warga asing di beberapa lokasi utama ibu kota pada 31 Mac 2025.

Operasi yang dijalankan di Jalan Silang, Jalan Bukit Bintang, dan Jalan Khoo Teok Ee itu menyaksikan serbuan ke atas sembilan premis perniagaan yang dikendalikan tanpa lesen oleh warga asing. Premis-premis ini didapati menjual pelbagai jenis makanan dan minuman tanpa kebenaran yang sah.

Menurut kenyataan DBKL, tindakan sita dan pemindahan barangan perniagaan telah dilaksanakan serta-merta berdasarkan kesalahan di bawah Undang-Undang Kecil Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016. Kesemua barang yang disita telah dihantar ke stor sitaan DBKL di Jalan Lombong, Taman Miharja, Cheras untuk tujuan dokumentasi dan tindakan lanjut.

DBKL menegaskan bahawa pihaknya akan terus mempergiat operasi seumpama ini bagi memastikan peraturan perniagaan di Kuala Lumpur dipatuhi dan tidak sewenang-wenangnya dijalankan oleh individu tanpa lesen yang sah.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kegiatan perniagaan haram diminta untuk melaporkan kepada pihak berkuasa bagi memastikan tindakan segera dapat diambil.

author avatar
Azie Saharuddin
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat