JKM Buka Pusat Pemindahan Sementara Susulan Kebakaran Saluran Gas di Putra Heights

- Advertisement -

PUTRA HEIGHTS – Susulan insiden kebakaran saluran paip gas di Putra Heights, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Selangor telah mengaktifkan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Serbaguna Masjid Putra Heights bagi menempatkan mangsa yang terkesan.  

Menurut kenyataan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), setakat jam 1.00 tengah hari, seramai 49 mangsa daripada 17 keluarga telah ditempatkan di PPS berkenaan. Mereka akan diberikan kemudahan makanan, set kebersihan diri, kelengkapan tidur serta minuman dan kudapan bagi memastikan keselesaan sepanjang berada di pusat pemindahan.  

“KPWKM melalui JKM sentiasa bekerjasama rapat dengan agensi lain seperti Kementerian Kesihatan Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan Jabatan Sukarelawan Malaysia bagi memastikan keselamatan serta kebajikan mangsa terjaga,” menurut kenyataan itu.  

Orang ramai dinasihatkan agar tidak mendekati kawasan kejadian dan mematuhi arahan pihak berkuasa bagi mengelakkan sebarang risiko keselamatan.

Mangsa yang memerlukan bantuan boleh menghubungi Talian Kasih KPWKM yang beroperasi 24 jam sehari melalui Talian Bebas Tol 15999, WhatsApp 019-26 15999 atau Aplikasi Mudah Alih Talian Kasih.

author avatar
Azie Saharuddin
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat