TDM gagalkan cubaan seludup keluar 420 kg gula & 105 diesel ke Indonesia

- Advertisement -

Oleh Zihan Zari

BA’KELALAN – Tentera Darat Malaysia (TDM) berhasil menggagalkan cubaan sindiket menyeludup keluar 35 karton gula dan tiga tong minyak diesel di Kampung Punang di sini, pada Jumaat.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Sel Operasi Media, Markas Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat (MK PMTTD) menyebut, pasukan tentera menjumpai kanvas yang mencurigakan ketika membuat rondaan di Sektor Op Jagakawan pada jam 9.45 pagi, hanya lebih kurang 900 meter sahaja dari sempadan Indonesia.

“Hasil daripada pemeriksaan yang telah dilakukan pihaknya mengesahkan sebanyak 35 karton gula berjumlah 420 kilogram dan tiga tong minyak diesel berjumlah 105 liter dianggarkan bernilai RM 1,422.75.

Kesemua hasil rampasan yang disorok dalam hutan itu dipercayai untuk diseludup keluar melalui jalan tikus ke negara jiran, Indonesia,” katanya.

Ujarnya, laporan polis telah dibuat di Pondok Polis Ba’kelalan dan kesemua hasil rampasan akan diserahkan kepada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Lawas pada 3 April ini untuk tindakan selanjutnya.

“Pasukan TDM sentiasa komited untuk memperketatkan kawalan di sempadan Malaysia-Indonesia bagi memastikan kedaulatan negara terus terpelihara dari sebarang bentuk ancaman pencerobohan pendatang tanpa izin (PATI) dan kegiatan penyeludupan mahupun jenayah rentas sempadan,” ujarnya lagi. – SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat