Dua dekad berkuasa, Erdogan kalah pilihan raya kerana kelembapan ekonomi

- Advertisement -

ISTANBUL – Rakyat Turki memberi tamparan hebat kepada kempen politik Presiden, Recep Tayyip Erdogan dan partinya pada Ahad, 31 Mac, dalam pilihan raya tempatan di seluruh negara.

Keputusan pilihan raya itu sekali gus memastikan blok pembangkang sebagai kuasa politik yang kuat dan mengukuhkan kedudukan Datuk Bandar Istanbul, Ekrem Imamoglu, sebagai pesaing utama Erdogan.

Dengan kebanyakan undi sudah dikira, Imamoglu mendahului undian dengan kelebihan 10 peratus undi dalam pilihan raya bagi jawatan Datuk Bandar Istanbul.

Manakala Parti Rakyat Republikannya (CHP) kekal berkuasa di Ankara dan meraih 15 kerusi di wilayah lain.

Ia menandakan kekalahan terburuk bagi Erdogan dan Parti AK (AKP) dalam tempoh lebih dua dekad mereka berkuasa.

Keputusan tersebut mungkin merubah landskap politik negara tu yang berpecah belah.

Erdogan menyifatkannya sebagai “titik perubahan” dalam kenyataan yang dikeluarkan pada tengah malam.

Menurut para penganalisis, Erdogan dan AKP menunjukkan keputusan lebih buruk berbanding tinjauan pendapat yang diramalkan, disebabkan inflasi yang tinggi, para pengundi Islam yang tidak berpuas hati, dan di Istanbul, tarikan Imamoglu menjangkaui penyokong sekular CHP.

Menurut 92.92 peratus kotak undi yang dikira di Istanbul, Imamoglu meraih 50.92 peratus sokongan berbanding 40.05 peratus oleh pesaing daripada AKP, Murat Kurum, bekas Menteri dalam pemerintahan Erdogan.

Keputusan menunjukkan CHP mendahului di seluruh negara dengan kira-kira 1 peratus undian, yang pertama dalam 35 tahun.

Pada 2019, Imamoglu memberikan kejutan kepada Erdogan ketika beliau menawan Istanbul, dan menamatkan kepimpinan AKP dan pihak politik Islam di bandar itu selama 25 tahun, termasuk kempen Erdogan untuk menjadi Datuk Bandar Istanbul pada tahun 1990-an. CHP juga meraih Ankara pada tahun tersebut.

Penganalisis berkata, tekanan ekonomi, termasuk hampir 70 peratus inflasi dan kelembapan pertumbuhan yang disebabkan oleh dasar kewangan yang agresif, menyebabkan para pengundi menghukum AKP kali ini.

“Ekonomi merupakan faktor penentu,” kata Hakan Akbas, penasihat kanan di Albright Stonebridge Group.

“Rakyat Turki menuntut perubahan dan Imamoglu kini menjadi musuh utama Presiden Erdogan,” lapor media antarabangsa.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat