PRU-15: PAS terbuka jalin kerjasama ummah termasuk dengan Dr Mahathir – Hadi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kehangatan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) semakin membahang apabila Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang secara terbuka ‘lapang hati’ untuk bertemu mana-mana pemimpin termasuk Pengerusi Pejuang, Tun Dr Mahathir Mohamad dan membentuk kerjasama politik.

Kata Hadi PAS bersedia bertemu mana-mana pemimpin bagi membentuk kerjasama menjelang PRU15 selagi ia berpaksikan kepada penyatuan ummah.

Memetik Harian Metro di Terengganu pada Jumaat, Hadi memberitahu, PAS bersikap terbuka terhadap mana-mana parti yang menerima konsep dan perjuangan PAS ke arah perpaduan ummah.

“Ya, dengan siapa sahaja, kita jumpa… akan diaturkan. Insyaallah dengan semua untuk menyatukan ummah,” katanya ringkas.

Semalam, Pejuang mendedahkan Presiden Parti Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadakan pertemuan dengan Dr Mahathir dalam usaha membentuk kerjasama baharu menjelang PRU15.

Hari ini Dr Mahathir mendedahkan Muhyiddin meminta pertolongan dan sokongan beliau untuk menjadi Perdana Menteri semula.

Mengulas mengenai pertemuan dua pemimpin berkenaan, Hadi berkata PAS turut dimaklumkan mengenainya.

“Ya (kita) dimaklumkan (pertemuan itu),” katanya.

PAS bekerjasama dengan Bersatu menerusi Perikatan Nasional (PN) dan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor baru-baru ini, namun kalah kepada Barisan Nasional (BN).

Sebelum itu PAS juga bersama Umno dan membentuk Muafakat Nasional (MN).

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat