Mahathir tak ikut jejak langkah Kit Siang bersara

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad mungkin tidak akan mengikut jejak langkah veteran DAP, Lim Kit Siang yang mengumumkan persaraan dalam arena politik.

Kata Dr Mahathir beliau bukan pemimpin Pejuang tetapi hanya sekadar penasihat.

“Kit Siang bersara itu keputusan beliau. Saya bukan pimpin Pejuang.

“Saya jadi penasihat buat parti saya,” jelas bekas Perdana Menteri itu dalam sidang media Yayasan Albukhary pada Jumaat.

Ahli Parlimen Langkawi juga memberitahu beliau mungkin tidak akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum akan datang.

“Mungkin saya tak akan bertanding, mungkin lah.

“Tak buat keputusan lagi,” ujarnya lagi.

Pada 20 Mac lalu, Kit Siang mengumumkan bersara daripada arean politik selepas 56 tahun berkecimpung dan menjadi antara pengasas DAP.

Dr Mahathir malah tidak membuat keputusan lagi Pejuang akan menjalin kerjasama dengan parti mana untuk mendepani pilihan raya nanti.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat