Pelepasan ikan ke Sungai Klang tanpa kebenaran dipandang serius – KP Perikanan

Oleh Zihan Zari

PUTRAJAYA – Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) memandang serius rakaman video tular
di laman media sosial baru-baru ini yang memaparkan dan menunjukkan tindakan melepaskan ikan ke Sungai Klang.

Ketua Pengarahnya, Dato’ Adnan Hussain berkata pelepasan ikan ke perairan umum perlu dilaksanakan secara bertanggungjawab dan berasaskan panduan teknikal yang ditetapkan.

“Semua pihak termasuk badan berkanun, agensi kerajaan dan swasta, badan keagamaan, pertubuhan bukan kerajaan serta orang awam yang berhasrat untuk menjalankan aktiviti pelepasan benih ikan atau udang hendaklah merujuk dan mendapatkan kebenaran terlebih dahulu
daripada Pejabat Perikanan Negeri atau Pejabat Perikanan Daerah di lokasi program diadakan.

“Panduan teknikal berkaitan pelaksanaan pelepasan ikan boleh diperoleh daripada pejabat berkenaan. Langkah ini penting bagi memastikan spesies yang dilepaskan bersesuaian serta tidak menjejaskan keseimbangan ekosistem dan sumber perikanan tempatan,” ujar beliau.

“Sebarang aktiviti pelepasan ikan ke perairan umum hendaklah mengutamakan spesies ikan asli air tawar dan hendaklah mendapat kebenaran pihak berkuasa terlebih dahulu.

“Pelepasan ikan tanpa kawalan atau tanpa rujukan teknikal boleh menjejaskan keseimbangan ekosistem serta populasi ikan sedia ada di sungai dan tasik, ”tegasnya.

“Hanya spesies ikan asli air tawar dibenarkan untuk dilepaskan ke perairan umum tertakluk kepada kelulusan Pejabat Perikanan Negeri/Daerah.

“Antara spesies ikan yang lazim digunakan bagi tujuan pelepasan ke perairan umum ialah Kelah, tengas, temoleh, tengalan, sebarau, lampam sungai, terbul, baung, puyu dan udang galah, ”tambahnya. -SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat