Muhyiddin Kecam Serangan AS-Israel ke atas Iran, Gesa Gencatan Senjata Segera

KUALA LUMPUR, – Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin mengecam keras serangan ketenteraan Amerika Syarikat dan Israel ke atas Iran yang disifatkan melanggar undang-undang antarabangsa serta mengancam keamanan serantau.

Dalam satu kenyataan media hari ini, beliau menyifatkan tindakan tersebut sebagai perbuatan berbahaya yang boleh menjejaskan usaha diplomasi masa depan di Asia Barat, selain meningkatkan risiko tercetusnya perang yang lebih meluas.

Menurutnya, penglibatan tentera Amerika Syarikat bersama Israel dalam serangan tersebut menjadikan situasi semakin genting dan tidak terkawal.

“Saya menggesa supaya semua pertempuran dihentikan serta-merta. Amerika Syarikat dan Iran mesti memilih jalan diplomasi dan dialog berbanding konfrontasi ketenteraan,” katanya.

Muhyiddin turut melahirkan kebimbangan terhadap keselamatan rakyat Malaysia yang berada di kawasan terjejas akibat konflik berkenaan.

Beliau menegaskan bahawa melindungi rakyat Malaysia serta memastikan keselamatan dan kebajikan mereka perlu menjadi keutamaan tertinggi kerajaan.

Dalam masa sama, beliau menyeru kerajaan Malaysia bersama rakan-rakan serantau dan antarabangsa untuk terus berusaha mencari jalan berkesan bagi meredakan ketegangan, menggalakkan keamanan serta melindungi orang awam yang terperangkap dalam konflik tersebut.

Konflik terkini di Asia Barat dijangka memberi implikasi besar terhadap kestabilan geopolitik dan ekonomi global sekiranya tidak ditangani melalui pendekatan diplomatik yang menyeluruh.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat