Sila Daftar, Kemas Kini Sumbangan Tunai Rahmah 1-31 Mac

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pendaftaran baharu atau Kemas Kini Sumbangan Tunai Rahmah (STR) boleh dibuat bermula 1 Mac hingga 31 Mac 2023.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan berkata, ini bertujuan memastikan mereka yang layak atau masih tiada dalam pangkalan data kerajaan dapat mengemukakan permohonan masing-masing selain membolehkan penerima sedia ada yang mempunyai sebarang perubahan maklumat untuk membuat pengemaskinian.

Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata STR pada tahun 2023 akan memanfaatkan 8.7 juta penerima dengan peruntukan hampir RM8.0 bilion.

Menurut beliau, pendekatan rahmah dalam membela nasib rakyat susah terutamanya golongan rentan dan mudah terjejas akan terus diperkasakan di bawah Kerajaan Perpaduan.

“Bagi mengurangkan golongan yang tercicir atau exclusion error, data penerima STR Fasa 1 akan dibawa secara automatik ke dalam pangkalan data kerajaan di samping data daripada beberapa agensi kerajaan untuk disemak silang kelayakan STR mengikut syarat yang ditetapkan.

“Kementerian Kewangan juga akan memperhebatkan program turun padang bersama pemimpin komuniti dan pelusuk desa bagi memastikan STR dirasai oleh seluruh rakyat Malaysia,” kata kenyataan itu pada Selasa.

Pemohon STR boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) di Portal Rasmi STR melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my bag mendapatkan maklumat lanjut.

Secara dalam talian fizikal 1-31 Mac 2023 Melalui https://bantuantunai.hasil.gov.my

Secara manual / 8-31 Mac 2023 hadir ke :
• Pejabat LHDNM; atau
• Pejabat Satelit (PS) LHDNM; atau
• Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM; atau
• Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM dengan mengisi dan mengemukakan Borang Permohonan STR.

Senarai data daripada beberapa agensi Kerajaan vang dibawa secara automatik ke dalam pangkalan data Kerajaan untuk disemak silang kelayakan STR mengikut sarat yang ditetapkan.
• Data e-Kasih, ICU, JPM;
• Data penerima bantuan JKM;
• Data penghuni Perumahan Awam/Projek Perumahan Rakyat di bawah
DBKL dan KPKT;
• Data Orang Asli JAKOA;
• Data gelandangan berdaftar dengan KPWKM dan DBKL;
• Data ibu tunggal berdaftar dengan KPWKM;
• Data penerima Skim Insurans Pekerjaan PERKESO; dan
• Data penerima zakat atau baitulmal di Lembah Klang, Pulau Pinang, Kedah dan Melaka.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat