Selamat Datang TESLA! – MITI

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) telah meluluskan permohonan Tesla untuk mengimport Kenderaan Bateri Elektrik (BEV) ke Malaysia.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, sehubungan itu, Tesla akan menubuhkan Ibu Pejabat, Pusat Pengalaman Tesla, Pusat Servis Tesla dan rangkaian Supercharger sebagai permulaan pelaburan mereka.

“Pelaburan yang dimudah cara oleh MITI menerusi inisiatif BEV Global Leaders ini pastinya akan mencipta lebih banyak pekerjaan berkemahiran sederhana dan tinggi buat rakyat Malaysia, dan membuka peluang perniagaan buat pemain industri tempatan.

“Kehadiran Tesla mencerminkan keyakinan mereka terhadap kemampuan ekosistem industri EV tempatan serta tahap persekitaran perniagaan yang kondusif.

“InsyaAllah, MITI akan terus berkerja keras dalam membawa masuk lebih banyak pelaburan berkualiti tinggi untuk Malaysia,” kata beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat