MUDA Johor Gerak Bantu Mangsa Banjir

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) Johor sudah mengerahkan pasukan sukarelawannya meninjau beberapa lokasi yang terjejas banjir untuk bantuan awal dan pemindahan mangsa ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Pengerusi MUDA Johor, Azrol Rahani berkata, sukarelawan MUDA Johor juga siap siaga untuk operasi pembersihan pasca banjir jika diperlukan.

“MUDA Johor sentiasa mengambil maklum berkaitan situasi banjir yang melanda beberapa buah daerah di negeri Johor.

“Pasukan Sukarelawan MUDA Johor sedang meninjau beberapa lokasi yang terjejas untuk bantuan awal dan juga pemindahan manga banjir ke PPS. Kami juga telah bersedia dengan pasukan sukarelawan untuk operasi pembersihan pasca banjir jika diperlukan,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Susulan itu MUDA Johor mengingatkan orang ramai di kawasan berisiko supaya sentiasa berwaspada dengan amaran hujan lebat yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia dan peka dengan arahan pihak berkuasa.

“Jutaan terima kasih kepada pihak berkuasa dan agensi kerajaan yang bertungkus-lumus memastikan keselamatan dan kebajikan manga banjir di Johor,” ujarnya.

Media melaporkan mangsa banjir di Johor melonjak lagi kepada 5,878 penduduk daripada 1,575 keluarga yang dipindahkan ke 54 PPS yang dibuka di enam daerah terjejas banjir, setakat jam 12 tengah hari ini.

Ia berbanding hanya seramai 2,162 penduduk daripada 581 keluarga dipindahkan ke 25 PPS, yang dibuka di lima daerah terjejas banjir, setakat jam 9 pagi tadi.

Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata, hujan lebat yang masih berterusan sejak lebih 24 jam lalu menyebabkan kebanyakan penempatan di kawasan rendah dan berhampiran sungai dinaiki air banjir.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat