Calon MCA Bentayan rayu diberi peluang berkhidmat

- Advertisement -

MUAR – Calon MCA DUN Bentayan, Gan Q’i Ru merayu pengundi memberi beliau peluang untuk menabur khidmat bakti di kawasan kelahirannya.

Meskipun DUN Bentayan sebelum ini disandang wakil rakyat dari DAP Q’i Ru yakin beliau akan memberi saingan sengit sekali gus menang di situ.

Qi’ Ru yakin kelebihan beliau sebagai calon lokal yang memahami masalah dan isu setempat sebagai bonus untuk menawan hati pengundi di Bentayan.

“Saya akan cuba yang terbaik sebagai anak jati tempatan saya faham masalah dan isu setempat. Semua orang kenal saya, saya ada kedai hardware di sini.

“Manifesto saya ialah mahu bangunkan Bentayan sebagai destinasi pelancongan yang pesat. Dan kalau menang saya nak bangunkan tapak perniagaan kenderaan saji (food truck).

“Juga saya cadang nak buat parkir bertingkat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, saya janji yang saya mampu laksanakan, tak mahu janji lebih-lebih,” ujar beliau ketika ditemui menyantuni pengundi di Medan Selera 3A, Muar.

Dalam pada itu, Q’i Ru memaklumkan sepanjang empat hari berkempen beliau diberi sambutan dan sokongan yang baik daripada masyarakat setempat.

“Sepanjang empat hari kempen semua orang sayang saya, tak ada marah-marah,” katanya.

DUN Bentayan menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon Pakatan Harapan (PH) Ng Yak Howe yang juga merupakan penyandang kerusi dengan menentang calon BN, Gan Q’I Ru dan calon Perikatan Nasional (PN), Eddy Tan Kok Hong.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat