Muhyiddin tidak berbohong, tapi kem Hamzah sedang bekerja menukar cerita – Dr Marzuki

KUALA LUMPUR, – Bekas Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri kelapan, Datuk Dr Marzuki Mohamad tampil mempertahankan Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada dakwaan kononnya berbohong berhubung isu pemansuhan jawatan Pengerusi Perikatan Nasional (PN).

Dalam tulisan terbaharunya bertajuk Muhyiddin Tidak Berbohong, Marzuki mendakwa kem yang diketuai Datuk Seri Hamzah Zainuddin sedang berusaha membina naratif baharu bagi menekan Muhyiddin keluar daripada kepimpinan gabungan itu.

Menurut beliau, tuduhan kononnya Muhyiddin tidak jujur, termasuk aduan disiplin yang dibuat terhadap Presiden Bersatu itu, adalah sebahagian daripada gerakan terancang untuk menyingkirkan beliau.

“Ini adalah sebahagian daripada gerakan ‘Muhyiddin Exit’ yang dikepalai oleh Hamzah,” katanya.

Marzuki turut mendedahkan beliau hadir dalam pertemuan penting melibatkan Muhyiddin bersama Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden Datuk Sri Tuan Ibrahim Tuan Man serta Setiausaha Agung PAS Datuk Seri Takiyuddin Hassan di rumah Muhyiddin pada malam 16 Januari 2026.

Turut hadir, menurut beliau, ialah Datuk Seri Mohamed Azmin Ali serta Shahir, Ahli Parlimen Bachok.

Marzuki menjelaskan pertemuan tersebut diadakan bagi mencari jalan keluar kepada kebuntuan berkaitan pelantikan Pengerusi PN yang baharu, apabila PAS mahukan jawatan itu namun ditentang oleh dua parti komponen lain iaitu Gerakan dan Parti Maju Sabah (MIPP).

Untuk rekod, beliau menegaskan pertemuan itu bukan atas jemputan Muhyiddin, sebaliknya PAS yang mahu bertemu beliau.

Sebagai penyelesaian, katanya, persetujuan dicapai untuk memperkasakan peranan Majlis Presiden PN yang diketuai Muhyiddin serta menubuhkan Majlis Eksekutif PN yang bakal diketuai calon dinamakan PAS.

Cadangan itu menurut beliau dipersetujui Gerakan dan MIPP kerana kedudukan Muhyiddin sebagai Pengerusi Majlis Presiden dilihat mampu mengimbangi imej PAS yang lebih bersifat “hardline”.

Marzuki berkata, Perlembagaan PN akan dipinda bagi tujuan itu, sekali gus menjadikan jawatan Pengerusi PN tidak lagi relevan apabila kuasa diagihkan kepada dua struktur baharu tersebut.

Namun beliau mendakwa proses perbincangan itu diganggu apabila Jawatankuasa Teknikal yang sepatutnya memperincikan pindaan tidak dipanggil bermesyuarat, sebaliknya tiba-tiba muncul notis Mesyuarat Luar Biasa PN dengan agenda bercanggah daripada persetujuan dicapai antara Muhyiddin dan Abdul Hadi.

Menurut Marzuki, tindakan itu menunjukkan ada pihak yang berniat jahat untuk mensabotaj penyelesaian dalaman demi menukar cerita terhadap kepimpinan Muhyiddin.

“Nampaknya ada orang yang sengaja ‘throw spanner’ kepada persetujuan yang telah dicapai oleh Muhyiddin dan Hadi untuk kebaikan PN,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat