Belum dilancarkan, HONOR Magic9 Pro Max sudah jadi rebutan dalam sehari

Belum pun sempat membuat kemunculan rasmi di pasaran, HONOR Magic9 Pro Max sudah mencuri perhatian apabila tempahan Early Bird Exclusive yang dibuka pada pagi 17 November mencatat kejayaan luar biasa apabila habis terjual dalam tempoh sehari.

Pencapaian itu sekali gus mengatasi rekod tempahan awal model terdahulu, membuktikan kehadiran telefon pintar terbaharu HONOR ini sememangnya dinantikan ramai pengguna di Malaysia.

Namun, di sebalik sambutan hangat tersebut, perkara yang paling menarik perhatian bukan sekadar angka jualan, sebaliknya keupayaan teknologi pengimejan sinematik yang dibawakan menerusi kerjasama HONOR bersama ARRI, sebuah nama yang cukup dikenali dalam dunia penerbitan filem profesional.

Menerusi kerjasama ini, HONOR Magic9 Pro Max membawa pengalaman penghasilan visual bertaraf sinema ke dalam sebuah telefon pintar, sekali gus membuka ruang lebih luas kepada pencipta kandungan untuk berkarya tanpa perlu bergantung sepenuhnya kepada kamera profesional bersaiz besar.

Menariknya, kemampuan tersebut bukan sekadar janji di atas kertas apabila telefon pintar ini turut dipilih untuk merakam sepenuhnya video muzik Tahun Baharu Cina 2027 terbitan Astro.

Lebih istimewa, langkah berkenaan mencatat sejarah tersendiri apabila Astro kembali menggunakan telefon pintar untuk penggambaran keseluruhan video muzik selepas dua dekad.

Pengarah video muzik berkenaan, Johnny Tze Jen, pada awalnya mengakui sukar mempercayai apabila dimaklumkan keseluruhan produksi akan menggunakan telefon pintar. Namun, persepsinya berubah selepas melihat sendiri hasil rakaman yang dipaparkan pada monitor.

Menurutnya, perincian imej, warna dan rakaman dalam keadaan cahaya rendah kelihatan seolah-olah dihasilkan menggunakan kamera untuk produksi filem di layar perak.

Penyanyi Nicole Lai yang turut terlibat dalam video muzik itu juga berkongsi keterujaan sama. Katanya, sepanjang pengalamannya menjayakan pelbagai penggambaran video muzik, ini merupakan pengalaman pertama keseluruhan produksi dilakukan menggunakan telefon pintar.

Malah, selepas melihat hasil akhir, dia sendiri sukar membezakan rakaman berkenaan dengan hasil kamera profesional.

Rahsia di sebalik kemampuan tersebut terletak pada ciri ARRI CINEMA Mode yang menggabungkan kepakaran sinematografi ARRI bersama teknologi pengimejan HONOR.

Antara teknologi utama yang ditampilkan ialah LogC3, iaitu sistem lengkung warna yang membantu mengekalkan perincian pada bahagian terang dan gelap, selain menghasilkan peralihan warna lebih lembut serta tona kulit yang kelihatan semula jadi.

Tidak terhenti di situ, sistem ARRI Looks turut menyediakan dua pilihan warna asas dan sembilan gaya tambahan bagi membolehkan pengguna bereksperimen dengan suasana visual berbeza mengikut kreativiti masing-masing.

Bukan hanya visual diberikan perhatian, aspek audio juga tidak diketepikan apabila HONOR Magic9 Pro Max dilengkapi teknologi mikrofon berarah bertaraf sinematik yang dibangunkan sendiri.

Menerusi empat tetapan audio pintar iaitu Long Range, Close Up, Voice Isolation dan Voice Boost, pengguna boleh mendapatkan rakaman bunyi lebih jelas mengikut persekitaran penggambaran.

Malah, mod Professional Custom turut disediakan bagi membolehkan tetapan audio dilaraskan secara manual mengikut keperluan produksi.

Gabungan teknologi imej, warna dan audio ini turut digunakan untuk menghasilkan video muzik Astro dalam nisbah skrin lebar 2.39:1, sekali gus memberikan sentuhan visual yang sinonim dengan karya layar perak.

Video muzik Tahun Baharu Cina 2027 itu dijadualkan menemui penonton pada 28 Disember ini.

Dalam pada itu, HONOR turut memberi jaminan bekalan stok mencukupi sepanjang tempoh pra-tempahan akan datang bagi membolehkan lebih ramai pengguna mendapatkan peranti berkenaan.

Orang ramai juga boleh mengikuti pelancaran rasmi HONOR Magic9 Pro Max menerusi siaran langsung di Facebook HONOR Malaysia pada jam 3 petang untuk mengetahui spesifikasi penuh serta pengumuman menarik lain.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi HONOR Malaysia di www.honor.com/my/.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat