Pas tidak tanding PRN Sarawak

KUALA LUMPUR – Pas memutuskan untuk tidak meletakkan calon bagi bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak 2026.

Setiausaha Agung Pas Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, keputusan tidak bertanding itu diambil setelah mengambil kira perkembangan politik semasa serta pelbagai pertimbangan lain.

“Pas mengambil maklum perkembangan semasa berhubung PRN Sarawak 2026 yang akan diadakan tidak lama lagi.

“Setelah mengambil kira perkembangan politik semasa serta pelbagai pertimbangan lain, Pas memutuskan untuk tidak meletakkan calon bagi bertanding dalam PRN Sarawak 2026.

“Pas akan terus memberikan komitmen terhadap usaha memperkukuh perpaduan, kestabilan politik dan kesejahteraan rakyat, selaras dengan dasar serta prinsip perjuangan parti,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat