KUALA LUMPUR -Timbalan Perdana Menteri menegur tindakan anak Datuk Ismail Lasim yang sebelum ini mempertikaikan mengapa Barisan Nasional (BN) mengeluarkan kenyataan berhubung peletakan jawatan bapanya sebagai Menteri Besar Negeri Sembikan.
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, campur tangan ahli keluarga dalam perkara itu menjadi satu masalah kerana ia menyentuh soal pentadbiran negeri dan kedudukan Menteri Besar serta bukannya urusan peribadi keluarga.
“Ini isu pentadbiran negeri. Anak beranak campur ini apa hal? Ini soal menteri besar, bukan soal bapaknya Ismail Lasim,” katanya pada sidang akhbar selepas hadir Mesyuarat Penyelarasan Antara Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KDW) Dengan Exco-Exco Luar Bandar (MEXCLUB) Ke- 62 Bilangan 2 Tahun 2026 di Desaru Coast Conference Centre (DCCC), menurut Kosmo di Kota Tinggi Johor pada Rabu.
Terdahulu, media sebelum ini melaporkan, Ismail meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan menerusi surat peletakan jawatan yang diutuskan kepada Tuanku Muhriz berkuat kuasa Isnin.
Susulan itu menerusi hantaran di status media sosial Instagram, Naim Ismail menggunakan akaun @naimismaill_ memberikan isyarat seolah-olah ada pihak lain yang menjadi ‘kambing hitam’.



