Ahmad Yaakob dilantik Mursyidul Am PAS baharu, ganti Hashim Jasin

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Bentara Kanan Dr Ahmad Yaakob dilantik sebagai Mursyidul Am PAS yang baharu bagi sesi 2026 hingga 2030, menggantikan Datuk Hashim Jasin yang tamat tempoh pelantikannya pada Oktober lalu.

Pelantikan itu diputuskan dalam mesyuarat Majlis Syura Ulamak PAS yang bersidang hari ini.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Ahli Jawatankuasa Majlis Syura Ulamak PAS, Datuk Nik Muhammad Zawawi Salleh, mesyuarat berkenaan turut memutuskan pelantikan Datuk Dr Mahfuz Mohammad sebagai Timbalan Mursyidul Am PAS.

Sementara itu, Ahmad turut melantik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demit, Ustaz Mohammad Asri Mohammad Daud sebagai Setiausaha Majlis Syura Ulamak PAS yang baharu.

“Majlis Syura Ulamak merakamkan ucapan tahniah atas amanah yang diberikan kepada semua yang terlantik.

“Semoga Allah SWT sentiasa memberi pertolongan-Nya dalam melaksanakan tugas perjuangan,” menurut kenyataan itu.

Ahmad yang pernah menerajui pentadbiran Kelantan sebagai Menteri Besar dari 2013 hingga 2023 merupakan antara pemimpin kanan PAS yang berpengalaman luas dalam kepimpinan parti dan pentadbiran kerajaan negeri.

Beliau juga pernah memegang jawatan Timbalan Mursyidul Am PAS sebelum dilantik menerajui Majlis Syura Ulamak bagi penggal baharu ini.

Majlis Syura Ulamak merupakan badan tertinggi PAS dalam menentukan serta memelihara dasar dan hala tuju perjuangan parti berlandaskan perlembagaan serta prinsip Islam.

Pelantikan baharu ini menyaksikan Ahmad mengambil alih kepimpinan badan berkenaan daripada Hashim yang memegang jawatan Mursyidul Am PAS sejak 2016.

**– Suara.TV**
# Ahmad Yaakob dilantik Mursyidul Am PAS baharu, ganti Hashim Jasin

**KUALA LUMPUR, 17 Nov** – Bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Bentara Kanan Dr Ahmad Yaakob dilantik sebagai Mursyidul Am PAS yang baharu bagi sesi 2026 hingga 2030, menggantikan Datuk Hashim Jasin yang tamat tempoh pelantikannya pada Oktober lalu.

Pelantikan itu diputuskan dalam mesyuarat Majlis Syura Ulamak PAS yang bersidang hari ini.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Ahli Jawatankuasa Majlis Syura Ulamak PAS, Datuk Nik Muhammad Zawawi Salleh, mesyuarat berkenaan turut memutuskan pelantikan Datuk Dr Mahfuz Mohammad sebagai Timbalan Mursyidul Am PAS.

Sementara itu, Ahmad turut melantik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demit, Ustaz Mohammad Asri Mohammad Daud sebagai Setiausaha Majlis Syura Ulamak PAS yang baharu.

“Majlis Syura Ulamak merakamkan ucapan tahniah atas amanah yang diberikan kepada semua yang terlantik.

“Semoga Allah SWT sentiasa memberi pertolongan-Nya dalam melaksanakan tugas perjuangan,” menurut kenyataan itu.

Ahmad yang pernah menerajui pentadbiran Kelantan sebagai Menteri Besar dari 2013 hingga 2023 merupakan antara pemimpin kanan PAS yang berpengalaman luas dalam kepimpinan parti dan pentadbiran kerajaan negeri.

Beliau juga pernah memegang jawatan Timbalan Mursyidul Am PAS sebelum dilantik menerajui Majlis Syura Ulamak bagi penggal baharu ini.

Majlis Syura Ulamak merupakan badan tertinggi PAS dalam menentukan serta memelihara dasar dan hala tuju perjuangan parti berlandaskan perlembagaan serta prinsip Islam.

Pelantikan baharu ini menyaksikan Ahmad mengambil alih kepimpinan badan berkenaan daripada Hashim yang memegang jawatan Mursyidul Am PAS sejak 2016. -Suara.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat