Najib dilarang keluar kediaman, terima tetamu dan sekatan penggunaan telefon – Saifuddin

KUALA LUMPUR – Sekatan tempat tinggal dan pergaulan serta kawalan pergerakan dan lawatan adalah antara empat syarat dikenakan kepada Datuk Seri Najib Razak sepanjang menjalani baki tempoh pemenjaraan secara tahanan di rumah.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, bekas Perdana Menteri itu juga dikenakan sekatan penggunaan telefon dan alat komunikasi, selain perlu menghadiri program pemulihan dan intervensi.

Beliau berkata, semua syarat berkenaan ditetapkan Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan dalam memberikan pengampunan bersyarat kepada bekas Ahli Parlimen Pekan itu.

Selain itu, katanya, Jabatan Penjara diberikan kebenaran mengadakan syarat bertujuan menyediakan kawalan dan seliaan, arahan dan tatacara yang sudah dimaklumkan kepada Najib sebelum dipindahkan ke kediamannya

“Najib juga dimaklumkan yang beliau tidak boleh berpindah ke rumah, bangunan atau premis lain.

“Beliau juga tidak dibenarkan keluar dari alamat ditetapkan, melainkan dengan izin bertulis.

“Bagi tujuan solat, solat Jumaat misalnya, kita akan bawa (ke masjid atau surau), selain beliau tidak dibenarkan tinggal bersama isteri, anak, menantu dan cucu, kecuali dengan kebenaran bertulis terlebih dahulu.

“Lembaga Pengampunan juga sebut sesiapa yang dibenarkan tinggal, itu orang boleh tinggal.

“Selain daripada itu, kena ada kebenaran bertulis. Tidak dibenarkan menerima tetamu, melainkan dengan izin bertulis,” katanya pada sesi lisan di Dewan Rakyat, lapor Harian Metro pada Khamis.

Beliau menjawab soalan Suhaizan Kaiat (PH-Pulai) mengenai syarat khusus dikenakan ke atas Najib bagi menjalani baki hukuman melalui tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028 dan agensi bertanggungjawab memantau pematuhan syarat itu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat