JAKIM siasat konsert artis antarabangsa di Stadium Nasional baru-baru ini

KUALA LUMPUR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) kini sedang dalam proses mendapatkan pengesahan berkaitan dakwaan tular tentang satu konsert artis antarabangsa yang diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil, baru-baru ini.

Perkara itu dinyatakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Dr Zulkifli Hasan.

Beliau memaklumkan Bahagian Penyelidikan JAKIM sedang berhubung rapat dengan Urusetia Garis Panduan Jawatankuasa Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL) bagi mengesahkan dakwaan berkenaan.

Turut diselidik ialah sama ada konsert berkenaan mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan.

Katanya, Islam secara jelas melarang sebarang bentuk unsur pemujaan selain Allah SWT.

Sehubungan itu, semua pihak perlu memastikan persembahan seni tidak menimbulkan kekeliruan berkaitan akidah, akhlak dan sensitiviti agama di Malaysia.

“Tindakan tegas berlandaskan undang-undang dan fakta sahih akan diambil bagi memastikan setiap persembahan artis tempatan mahupun antarabangsa sentiasa memelihara sensitiviti agama, budaya serta ketenteraman awam,” katanya.

Konsert jelajah artis antarabangsa itu mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan netizen di media sosial apabila mereka membangkitkan isu akidah kerana ada prop pentas seperti patung wanita tinggi yang dianggap seolah-olah seperti berhala di tengah-tengah konsert.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat