Sementara AG teliti dokumen, Najib wajar dibenarkan kembali ke Langgak Duta – Rafique

SEMABOK – Status terkini hukuman Datuk Seri Najib Razak ialah beliau tidak dilepaskan dan bebas sebaliknya masih berada dalam pemenjaraan, cuma lokasinya ditukar dari Penjara Kajang ke Langgak Duta.

Ketua Penerangan Pejuang Rafique Rashid menegaskan, sebagai warganegara yang melalui proses mahkamah dan dijatuhi hukuman, Najib tetap mempunyai hak untuk mendapatkan keadilan daripada keputusan Lembaga Pengampunan.

“Siasatan (kecacatan dokumen tahanan rumah Najib) tetap perlu dijalankan, namun sementara siasatan berjalan, beliau berhak mendapat buah dan proses daripada Lembaga Pengampunan, iaitu ditahan di rumah terlebih dahulu sementara isu-isu lain diselesaikan.

“Kronologi kes Najib perlu dibaca secara menyeluruh, di mana beliau telah melalui tiga peringkat mahkamah (Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan, Mahkamah Persekutuan) serta proses Lembaga Pengampunan yang telah selesai.

“Beliau tidak dilepaskan bebas, sebaliknya masih berada dalam pemenjaraan, cuma lokasinya ditukar dari Penjara Kajang ke Langgak Duta,” jelas Rafique yang juga seorang pengamal undang-undang.

Pun begitu menurut beliau, persoalan mengenai terma-terma tahanan rumah telah diajukan kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution sejak 18 September, namun masih belum dijawab.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat