JAIS gesa orang ramai turunkan hantaran media sosial berkaitan Aliff Daniel

KUALA LUMPUR – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menggesa orang ramai supaya menurunkan semula hantaran di media sosial berkaitan Aliff Daniel selepas dia sudah membuat pengakuan bersalah dan menjalani hukuman yang dikenakan terhadapnya.

Dalam satu kenyataan, Pengarah JAIS Mohd Shahzihan Ahmad, Aliff sudah mengaku bersalah atas perbuatannya pada 4 November lepas dan dihukum memasuki pusat pemulihan akidah selama tiga bulan oleh mahkamah.

Selain itu, Alif, ibu dan adiknya turuk melakukan pengisytiharan taubat pada 5 November.

Oleh sebab itu, Shahzihan berkata JAIS berharap hantaran berkaitan Aliff yang tersebar di media sosial dapat diturunkan segera.

“Syor ini dibuat bagi memberi sokongan kepada Aliff Daniel dan keluarga yang telah pun kembali ke pangkal jalan dan mahu mengikuti jalan Islam yang sebenar dengan tenang tanpa jejak digital yang memberi gambaran buruk kepada Aliff Daniel, keluarga, pihak berkuasa agama, umat Islam dan Islam,” katanya menurut kenyataan itu semalam.

Beliau berkata orang ramai juga perlu ada sifat bersangka baik sesama Islam, menjaga maruah saudara seagama dan bersama-sama mewujudkan persekitaran yang menyokong usaha Aliff, keluarga serta umat Islam seluruhnya.

Shahzihan berkata usaha itu penting bagi membolehkan mereka meneruskan kehidupan dengan tenang tanpa dibayangi jejak digital berkaitan peristiwa berkenaan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat