Tindakan tatatertib terhadap Bersatu akan diputuskan selepas PRN Melaka – Samsuri

KOTA MELAKA – Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menyatakan, sebarang prosiding dan tindakan tatatertib terhadap Bersatu akan diputuskan selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Samsuri berkata, sehingga kini pelbagai aduan diterima daripada rakan komponen gabungan itu berhubung tindakan Bersatu didakwa melanggar etika perlembagaan gabungan itu.

“Kita mendapat aduan daripada rakan komponen, terutama membabitkan pelbagai masalah disiplin dan salah laku parti berkenaan. Aduan begitu akan dibincangkan dalam Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) PN.

“Kita tunggu apabila selepas Pilihan Raya Negeri Melaka ini, bagaimana langkah seterusnya dilakukan,” katanya kepada pemberita selepas melawat Bilik Gerakan PN Dewan Undangan Negeri (DUN) Kesidang di Malim Jaya, lapor BH pada Ahad.

Samsuri berkata, antara aduan diterima berkait tindakan Bersatu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

Bagaimanapun pada PRN Melaka, sebarang aduan akan diteliti terlebih dahulu sebelum tindakan lanjut dibuat.

“Kita tengok berdasarkan aduan, kita kena bergerak atas aduan dahulu dan bukan sentimen lain. Aduan ini tentu disertakan bukti sama ada video suara atau bertulis untuk mengukuhkan cara kita membuat keputusan,” katanya

Sebelum ini, Setiausaha Agung PN Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, tindakan disiplin itu dipersetujui dalam mesyuarat tergempar Majlis Pimpinan Tertinggi PN dan dibuat mengikut Fasal 15 perlembagaan gabungan itu.

Katanya, notis berhubung pertuduhan terhadap Bersatu akan dikemukakan dalam tempoh terdekat, manakala parti itu akan diberikan tempoh sewajarnya untuk mengemukakan penjelasan sebelum sebarang tindakan lanjut diputuskan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat