Arab Saudi pintas peluru berpandu balistik Houthi menuju wilayah timur

ISTANBUL – Sistem pertahanan udara Arab Saudi memintas dan memusnahkan sebuah peluru berpandu balistik yang dilancarkan ke arah wilayah timur negara itu, menurut jurucakap pakatan tentera pimpinan Riyadh pada awal Ahad.

Brigedier Jeneral Turki al-Maliki dalam kenyataan memaklumkan bahawa kumpulan Houthi menyasarkan Wilayah Timur Arab Saudi menggunakan peluru berpandu berkenaan, lapor Bernama-Anadolu.

Menurutnya, peluru berpandu itu berjaya dipintas dan dimusnahkan sebelum mencapai sasaran.

Terdahulu, Direktorat Pertahanan Awam Arab Saudi melaporkan sistem amaran kecemasan diaktifkan di bandar Dammam, Al-Ahsa dan Abqaiq.

Pihak berkuasa kemudian mengumumkan bahawa ancaman telah berakhir.

Yaman terjerumus dalam perang saudara sejak 2014 apabila kumpulan Houthi menguasai ibu negara, Sanaa, serta beberapa wilayah lain.

Pakatan tentera pimpinan Arab Saudi memulakan operasi ketenteraan pada 2015 bagi menyokong kerajaan Yaman yang diiktiraf masyarakat antarabangsa.

Menurut laporan itu, pertempuran antara tentera kerajaan Yaman dengan Houthi meningkat sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Kumpulan berkenaan juga dilaporkan berulang kali menyasarkan Arab Saudi, termasuk kemudahan penerbangan, menggunakan peluru berpandu balistik dan dron.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat