Bersatu tidak cukup untuk gantikan Umno dalam Kerajaan Madani, kesetiaan ‘geng Bunga Raya’ juga diragui – Khalid Samad

BUKIT KATIL – Kerajaan Madani berkemungkinan tidak akan menyingkirkan menteri-menteri Umno dan juga membuang Barisan Nasional (BN) daripada Kerajaan Persekutuan seperti dicadangkan Datuk Seri Rafizi Ramli demi kestabilan kerajaan.

Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad berkata, sekiranya Pakatan Harapan (PH) menyingkirkan Umno daripada komposisi Kerajaan Persekutuan ia tidak cukup jumlah untuk kerajaan bertahan.

“Kalau kita ambil tindakan singkirkan Umno, kita kena fikir sama ada kita berada dalam keadaan yang mampu untuk singkir.

“Kalau kita tak mampu nak singkir, kita kekalkan dia (Umno) di situ, tetapi kita lawan. Jangan kita nak jaga hatilah, tak payah tegurlah dan sebagainya,” katanya ketika ditemui di Bukit Katil, pada Sabtu.

Ditanya kemungkinan PH menyingkirkan Umno dan kemudian menggantikannya dengan Ahli-ahli Parlimen daripada Bersatu, Khalid menegaskan ia masih tidak cukup untuk membentuk kerajaan memandangkan pemimpin Bersatu yang menandatangani Perjanjian Keyakinan dan Pembekalan (CSA) hanya 6 orang.

“Setakat ini dia tak cukup (Ahli Parlimen Bersatu).

“Kalau perkara nombor dua, Bersatu ini pun, sejauh mana mereka punya kesetiaan. Ingat yang dulu yang langkah Sheraton tu. Kan? So, saya tak boleh decide on that, I don’t have all the facts.

“Tapi, kita kena pertahankan Kerajaan Persekutuan. Sambil itu, kerosakan yang dibawa oleh Umno, BN, dan PN, kita kena lawan.

“Janganlah oleh kerana kita bersama, kita diam. Tu, kita kena start kempen kita ni sampai PRU-16, we have only one year, lebih kurang. Nak develop the narrative dan nak yakinkan orang Melayu, orang Melayu kena tolak BN dan PN,” jelas Khalid.

Semalam, pemimpin Parti Bersama Datuk Seri Rafizi Ramli mencadangkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menggugurkan Menteri-Menteri Umno dari Kabinet dan membuang Barisan Nasional (BN) dari Kerajaan Persekutuan.

Rafizi memaklumkan kepada Anwar bahawa tanggungjawab beliau sebagai Perdana Menteri ialah memimpin Kabinet dan Kerajaan Persekutuan untuk menumpukan perhatian mentadbir negara dengan memastikan semua kementerian bergerak seiringan sebagai sebuah jentera.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat