RM50 juta diguna bawa pulang Najib lebih baik bantu mangsa banjir, setiap keluarga terjejas dapat RM10,000 – Pemuda Pejuang

KUALA LUMPUR – Wang kutipan ‘crowd funding’ Umno yang berjaya dikumpul sebanyak RM50 juta untuk tujuan membayar denda bagi memboleh Datuk Seri Najib Razak menjalani tahanan rumah sekiranya diagihkan kepada mangsa banjir mampu membantu 5,000 keluarga terjejas dengan agihan RM10,000 setiap keluarga terjejas.

Pemangku Ketua Pemuda Pejuang Akmal Yusoff berkata, dengan kejayaan Umno mengumpul dana sebegitu banyak dalam masa singkat, maka sudah pasti rakyat terkesan dapat dibantu dengan segera, tanpa perlu menunggu masa yang lama, sambil melalui proses yang rumit.

“Saya merujuk kenyataan media Setiausaha Agung Umno Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki hari ini yang mengumumkan tabung solidariti untuk bantu bayar denda Datuk Seri Najib berjumlah RM50 juta telahpun mencapai sasaran.

“Ini bermakna, usaha ‘crowd-funding’ Umno sangat berjaya, kerana dalam tempoh kurang 2 bulan sahaja, tabung mereka sudah mencapai sasaran. Tahniah diucapkan kepada Umno.

“Sekiranya wang kutipan RM50 juta ini boleh dibahagikan kepada rakyat yang memerlukan, jumlah ini bisa diagihkan kepada 5,000 keluarga, dengan setiap keluarga menerima sejumlah RM10,000. Bayangkan keadaan kediaman mangsa banjir yang Terkesan baru-baru ini, dengan bantuan sebanyak rm10,000 sudah pasti memberi kelegaan kepada mereka untuk memulihkan keadaan kediaman, perabot dan kelengkapan rumah yang rosak teruk.

“Maka dengan kejayaan Umno dan usaha ‘crowd-funding’ yang dipelopori, saya ingin mencadangkan supaya tabung solidariti dibuka juga untuk bantuan kepada mangsa banjir yang terkesan.

“Harus diingatkan negara kini baru sahaja memasuki musim tengkujuh, di mana banyak negeri yang telah dan akan terkesan akibat banjir, dek musim
tengkujuh tahun ini.

“Bahkan, usaha ‘crowd-funding’ Umno juga mungkin berhasil membantu mangsa ‘scam’ online termasuk yang terjerat dengan kes ‘ah-long’ yang tidak pernah selesai,” kata beliau dalam kenyataan pada Jumaat.

Pun begitu Akmal berkata, beliau tidak sesekali persoalkan prerogatif Yang di-Pertuan Agong dan Lembaga Pengampunan untuk pengampunan kes Najib, namun sebagai rakyat Malaysia yang mempunyai akal yang waras, sudah pasti mempersoalkan kewajaran ‘diskaun’ yang ‘banyak’ kepada sosok yang sudah pun didapati bersalah setelah melalui semua proses kehakiman termasuk rayuan dan mahkamah tertinggi.

“Sudah pasti yang dipersoalkan juga adalah persepsi negara luar juga pelabur (yang berkira-kira membuat pelaburan di negara ini), terhadap akauntibiliti juga proses kehakiman, lebih-lebih lagi terkait kes berprofil tinggi yang libatkan orang kenamaan,” keluh beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat