Wang kutipan orang ramai bantu Najib bayar denda RM50 juta belum cukup – Asyraf Wajdi

KUALA LUMPUR – Kutipan sumbangan awam bagi membantu bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melunaskan denda RM50 juta masih belum mencukupi.

Setiausaha Agung Umno Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, perkembangan itu sekali gus menafikan dakwaan kononnya Najib akan membuat pembayaran denda berkenaan hari ini.

“Masih tengah kumpulkan lagi. Belum cukup lagi. Maklumat itu (dakwaan Najib akan melunaskan denda RM50 juta, hari ini) tak betul,” katanya menurut Harian Metro.

Bagaimanapun, beliau tidak mahu mendedahkan jumlah sumbangan terkini yang berjaya dikumpulkan setakat ini.

Pada 18 September lalu, Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan memberikan pengampunan bersyarat kepada Najib yang membolehkan baki hukuman dijalani di bawah tahanan rumah sehingga 23 Ogos 2028, tertakluk kepada syarat yang ditetapkan termasuk bayaran RM50 juta.

Terdahulu, memetik sumber, media melaporkan denda itu akan dibayar oleh wakil Najib di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.

Najib, 73, dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 Julai 2020 atas tujuh pertuduhan penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Pada 29 Januari 2024, Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan dalam mesyuarat ke-61 memutuskan untuk mengurangkan hukuman penjara daripada 12 tahun kepada enam tahun, manakala denda daripada RM210 juta kepada RM50 juta.

Keputusan itu menyaksikan tarikh pembebasan Najib dipercepatkan kepada 23 Ogos 2028 berbanding 23 Ogos 2034.

Bagaimanapun, jika gagal membayar denda RM50 juta ditetapkan, beliau perlu menjalani tambahan setahun penjara.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat