Percepat projek tebatan banjir, pelebaran sungai di Kampung Melayu Subang – PM

KUALA LUMPUR- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan perbincangan dengan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari dan Ahli Parlimen Sungai Buloh Datuk Seri R Ramanan berhubung bantuan tambahan kepada keluarga terjejas akibat banjir kilat di Kampung Melayu Subang dan kawasan sekitar.

Anwar turut berpesan bahawa, projek tebatan banjir termasuk pelebaran sungai dan pembinaan kolam tambahan perlu dipercepatkan bagi mengurangkan risiko kejadian berulang.

“Usai tugasan di Parlimen, saya singgah menziarahi penduduk Kampung Melayu Subang dan kawasan sekitar yang kini ditempatkan di Dewan Siantan susulan banjir kilat yang melanda petang semalam.

“Saya mengambil kesempatan bertanya khabar, mendengar sendiri kesulitan yang dihadapi serta melihat keadaan dan keperluan keluarga yang terpaksa meninggalkan kediaman masing-masing.

“Saya turut berbincang dengan Menteri Besar Selangor dan wakil rakyat kawasan berhubung bantuan tambahan kepada keluarga terjejas. Pesanan saya, projek tebatan banjir termasuk pelebaran sungai dan pembinaan kolam tambahan perlu dipercepatkan bagi mengurangkan risiko kejadian berulang.

“Semoga semua diberikan kekuatan dan ketabahan. Insya-Allah, kita akan terus memastikan kebajikan dan keperluan mereka terbela sepanjang tempoh sukar ini,” ucap Perdana Menteri.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat