Lebih RM100,000 wang simpanan lesap, terpedaya penipuan individu menyamar ejen insurans

KUALA LUMPUR – Seorang pekerja kilang di Muar, Johor lesap wang simpanan berjumlah RM103,000 selepas terpedaya dengan scammer yang menyamar sebagai ejen insurans, pegawai polis dan juga pendakwa raya.

Dalam satu kenyataan malam tadi, Ketua Polis Daerah Muar Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata seorang wanita tempatan berumur 54 tahun menjadi mangsa dan penipuan dilakukan pada 4 September lepas pada pukul 10.59 pagi.

“Siasatan awal mendapati mangsa menerima panggilan daripada individu yang menyamar sebagai ejen insurans sebelum panggilan disambungkan kepada beberapa individu lain yang menyamar sebagai pegawai polis dan pendakwa raya.

“Mangsa kemudiannya dituduh terlibat dalam kegiatan pengubahan wang haram dan diarahkan memindahkan wang kononnya bagi tujuan siasatan,” katanya menurut kenyataan itu.

Beliau berkata suspek turut mengarahkan mangsa untuk membuka akaun bank baharu pada 10 September serta menyerahkan maklumat perbankan kepada mereka.

Akaun tersebut katanya, kemudian dikawal oleh suspek dan digunakan untuk tujuan pemindahan wang.

Mangsa turut diarahkan membuat beberapa transaksi sehingga mengalami kerugian keseluruhan sebanyak RM103,000, menurutnya.

Wanita berkenaan menyedari diperdaya dan membuat laporan polis semalam.

Kes disiasat bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan, jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan penjara tidak kurang satu tahun dan tidak lebih sepuluh tahun dengan sebatan dan juga dikenakan denda.

Polis menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah percaya panggilan telefon yang mencurigakan, tidak mendedahkan maklumat perbanking dan tidak memindahkan wang kepada pihak lain atas alasan membantu siasatan.

Sekiranya menjadi mangsa penipuan kewangan, segera menghubungi National Scam Response Centre melalui talian 997 serta membuat laporan polis.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat