Kerajaan tawar Dana Inovasi Media 2.0 pastikan industri media diperkasa – Fahmi

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil mengumumkan bahawa Kerajaan Madani akan meneruskan inisiatif Dana Inovasi Media melalui pelaksanaan Dana Inovasi Media 2.0.

Menurut Fahmi pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena HAWANA 2026 Jun lalu memperlihatkan komitmen berterusan kerajaan untuk memastikan industri media terus diperkasa.

Hal ini, khususnya dalam aspek inovasi, pendigitalan, pembangunan bakat dan penerapan teknologi baharu, termasuk kecerdasan buatan (AI) agar industri media negara kekal berdaya tahan dan relevan dengan keperluan semasa.

“Dana Inovasi Media 2.0 masih mengekalkan empat skop sedia ada dengan satu tambahan skop baharu menjadikan keseluruhannya lima skop pembiayaan.

“Maklumat lanjut dan borang permohonan boleh dimuat turun melalui laman web https://danainovasimedia.komunikasi.gov.my/

“Saya harap Dana Inovasi Media 2.0 akan dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh seluruh pemain industri,” katanya pada Jumaat.

Jelas Fahmi lagi, dana Inovasi Media sebelum ini telah membuktikan hasil yang positif dengan sebanyak 72 syarikat media telah menerima pembiayaan berjumlah RM30 juta.

“Ini menunjukkan bahawa industri media tempatan bukan sahaja mempunyai keperluan terhadap sokongan transformasi, malah mempunyai kesediaan dan keupayaan untuk memanfaatkan dana tersebut bagi memperkukuh operasi serta meneroka pendekatan baharu dalam penghasilan dan penyampaian kandungan,” ujar Fahmi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat