Muhyiddin, Syed Saddiq mungkin sedar Anwar akan menang lagi PRU16 – Zaid harap Pas juga sokong PM

KUALA LUMPUR – Bekas Ahli Parlimen Kota Bharu Datuk Zaid Ibrahim berharap Pas juga akan mengikut jejak langkah Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman untuk turut sama menyokong Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Zaid yang kini ahli Pas berkata, walaupun Muhyiddin dan Syed Saddiq pernah mengkritik Anwar pada peringkat awal namun kini mereka sedar Presiden PKR itu berpotensi menang lagi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

“Saya ingin mengucapkan tahniah kepadaMuhyiddin Yassin dan Syed Saddiq kerana menyokong Perdana Menteri dengan menandatangani Perjanjian Keyakinan dan Pembekalan (CSA).

“Walaupun kedua-duanya pernah mengkritik Anwar dengan keras pada peringkat awal, mereka kini sedar bahawa Anwar berkemungkinan besar akan memenangi Pilihan Raya Umum akan datang. Memang bijak untuk menyokong pihak yang bakal menang.

“Saya berharap parti saya sendiri turut serta menyokong Perdana Menteri. Namun, mereka lebih memilih ‘anak murid’ itu.

“Sudah terang lagi bersuluh bahawa, dalam keadaan yang setara, ‘guru’ sentiasa lebih diutamakan berbanding ‘anak murid’, kata Zaid.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat